Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 18 Mac 2011

UDANG MASAK SOS TIRAM

UDANG MASAK SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN:

1/2 kg udang (sederhana)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
2 batang kacang panjang
1/2 biji karot
3 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
1/2 cawan air
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang, buang sedikit kulit.

2. Karot dan kacang panjang potong ikut suka.

3. bawang, cili padi, bawang putih, cili merah dihiris.

4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih terlebih dahulu, goreng hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bawang besar.

5. Masukkan karot, kacau sedikit dan udang. Biar hingga 1/4 masak. Masukkan  sos tiram, cili sos, kacang panjang dan air. Biarkan pekat sedikit. Masukkan cili padi dan cili merah.

6. Letakkan sedikit garam. 

RESEPI ILHAM SENDIRI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI