Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi Lauk-pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Lauk-pauk. Papar semua catatan

Ahad, 22 April 2012

RUSA MASAK KICAP

Assalamualaikum....hari ni nak kongsi resepi daging rusa masak kicap.....mudah saja penyediaannya. Rasa daging rusa ni lebih sedap berbanding daging lembu dan kambing. Ianya tidak mengandungi lemak langsung.  Harganya agak mahal sedikit laaaa yer....mahal pun berbaloi...



BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging rusa
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis 
1 sudu makan lada hitam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 inci halia
4 sudu makan kicap manis
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiris daging nipis-nipis dan bersihkan.
2. Hiriskan bawang besar dan cili. Ketukkan bawang putih dan halia lalu dicincang2.
3. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk dan lembut.
4. Setelah daging empuk, masukkan kicap, lada hitam yang telah ditumbuk, bawang besar dan cili. Masak sehingga agak sedikit kering kuahnya.
5. Garam dan gula bergantung kepada kicap. Kalau saya tak perlu tambah lagi dah.....sudah memadai.

Cuba la.....
 

Isnin, 23 Mei 2011

IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

Assalamualaikum....Lauk hari ini Ikan Kembung Masak Asam...menu yang simple dan menyegarkan. Nak hirup kuah saje pun boleh...ibarat hirup sup.


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung
6 biji bendi 
1 biji tomato
1 batang serai
1 keping asam keping
1/2 sudu cili giling
sedikit halia
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ikan dan ketepikan.

2. Halia, bawang putih, bawang besar ditumbuk dan serai diketuk.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk, cili giling dan serai hingga naik bau. Masukkan ikan, bendi dan air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan garam, asam keping dan tomato...bila cukup rasanya, angkat dan hidangkan. Sangat menyelerakan.


Rabu, 30 Mac 2011

HATI AYAM MASAK HITAM



BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo hati ayam (kalau suka pedal boleh campur)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan kicap manis
sedikit halia
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1/4 cawan air asam
sedikit gula
sedikit garam
minyak

CARA MEMBUATNYA:

1. Basuh hati hingga bersih. Campurkan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.

2. Hiriskan bawang besar & cili merah. Tumbukkan halia dan bawang putih. 

3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, cili giling, bunga lawang & kayu manis, masak hingga  naik bau. Masukkan air asam, gula, hati ayam, cili merah, bawang besar dan kicap. Kacau sebati.

4. Kalau kurang rasa tambah garam sedikit. Siap untuk dihidang.






Selasa, 29 Mac 2011

TEMPE GORENG

Kali ni resepi simple sangat...senang dan mudah. Dulu hubby saya tak makan tempe, tapi bila saya goreng macam ni...dia la tukang beli tempe dan tukang perabis.

Tempe yang telah digoreng
Tempe yang telah dibubuh kunyit dan garam

BAHAN-BAHAN:

4 keping tempe
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Tempe dikelar-kelar dan potong serong dan nipis.

2. Basahkan sedikit dengan air, tambah garam dan kunyit. Ratakan bahan tersebut.

3. Goreng dengan api sederhana agar tidak hangus.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI