Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi Sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Sotong. Papar semua catatan

Sabtu, 9 April 2011

SOTONG GORENG OATS

Resepi ni rekaan sendiri...nak mencuba..sebab stok queker oats banyak. Bila dah siap...ehhh sedap lak. Anak2 pun cakap sedap. Tapi masa ni buat sikit jer..lain kali boleh buat banyak...Kalau nak resepi meh tengok kat bawah ni yer.




BAHAN-BAHAN:

5 ekor sotong
10 biji lada hitam
sedikit daun sup
4 sudu makan queker oats
1 biji telur
sedikit garam 
sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan sotong, potong 3. Kepalanya buang mulut sotong di tengah2 tu...

2. Tumbukkan lada hitam. Hiris halus daun sup. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.

3. Panaskan minyak, goreng seperti biasa. Api biar sederhana sahaja.

Cuba lah....pasti sedap.



Khamis, 10 Mac 2011

SOTONG MASAK KARI

SOTONG MASAK KARI



BAHAN-BAHAN:

1/2 kg sotong
2 cawan santan 
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar rempah kari ikan Baba's
1 keping asam keping
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 helai daun kari
1 sm halia
1 biji kentang
sedikit garam
3 sudu besar minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA:


1. Bersihkan sotong, potong bulat dan toskan.


2. Kentang potong ikut suka.


3. Bawang putih, besar dan halia ditumbuk.


4. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air.


5. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk, daun kari, bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau.


6. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak kentang hingga hampir lembut, (sekiranya kentang belum lembut tambahkan air secukupnya).


7. Masukkan sotong, kacau seketika, tambah santan, asam keping & garam. Kacau sehingga mendidih dan pekat sedikit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI