SOTONG MASAK KARI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
2 cawan santan
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu besar rempah kari ikan Baba's
1 keping asam keping
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 helai daun kari
1 sm halia
1 biji kentang
sedikit garam
3 sudu besar minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan sotong, potong bulat dan toskan.
2. Kentang potong ikut suka.
3. Bawang putih, besar dan halia ditumbuk.
4. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air.
5. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk, daun kari, bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau.
6. Masukkan kentang dan sedikit air. Masak kentang hingga hampir lembut, (sekiranya kentang belum lembut tambahkan air secukupnya).
7. Masukkan sotong, kacau seketika, tambah santan, asam keping & garam. Kacau sehingga mendidih dan pekat sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan