Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 18 Mac 2011

KEK MARBLE SUSU IMPIANA

1. KEK MARBLE SUSU IMPIANA



BAHAN-BAHAN:

250 gm marjerin
200 gm gula halus(ising)
2 camca teh ovellete
4 biji telor grade A
270 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
3 camca besar susu pekat manis

Bahan untuk campuran 1 bahagian:
3 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul marjerin, ovellete dan gula hingga halus, putih dan gebu.

2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.

3. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. 1 bahagian dicampurkan dgn susu cair dan emulco. 1 bahagian lagi biasa tanpa warna.

5. Tuang secara berselang-seli.

6. Loyang di alas kertas dan lenserkan dengan marjerin disekelilingnya.

7. Bakar selama 45 min (suhu 175o C)


(Resepi juga dari Azita Kitchen. Thanks Azita)
Telah diubah-suai sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI