Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 18 Mac 2011

GULAI DAGING

GULAI DAGING


BAHAN-BAHAN:

1/2 kg daging (potong nipis)
2 biji kentang
3 cawan santan
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sm halia
4 sudu besar rempah kari daging Baba's
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 tangkai daun kari
1 batang serai
1/2 keping asam keping
4 sudu besar minyak untuk menumis.

CARA MEMBUATNYA:

1. Blender bawang merah, bawang putih & halia hingga hancur. Serai dititik saja.

2. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air.

3. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daun kari, bunga lawang, kayu manis dan bahan blender. Masak hingga naik bau dan masukkan rempah kari. Masak sampai naik minyak..api biar sederhana. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging lembut. Sekiranya kurang air tambah lagi.

4. Bila daging hampir lembut, masukkan kentang..masak lagi hingga kentang lembut. Masukkan santan, serai dan garam secukupnya. Juga sedikit asam keping. Masak hingga mendidih. 

Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI