Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Puding. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2012

PUDING JAGUNG

Assalam...selamat sejahtera semua rakan-rakan. Mari kita berkongsi dan ramai-ramaikan lah rakan blogger. Yang berminat dengan blog saya ni silalah menjadi follower ye...@ like mana berkenan...berkomunikasi lah kita, kalau ada sebarang komen..sila nyatakan...mudah-mudahan kita boleh memperbaiki apa yang silap, menambah apa yang kurang..berkongsi ilmu, mengeratkan silaturrahim sesama kita dan sebagainya.

Untuk kali ini mari kita kongsi resepi menu mudah yang menjadi kegemaran keluarga..Amacam, cantik tak puding ni, kuning berkilat kannnnnn.....masuk bakul angkat sendiri lak..

Lupa lak....resepi ni dari kakak saudara di kampung. Dia yang ajar cara masak masa kenduri tahlil Arwah Ibunda di rumah. Terima kasih Kak Ingah.




Bahan-bahan:

1 paket tepung kastad (300 gm)
1 tin jagung cream
1/2 kilo gula @ boleh kurang 450 gm
5 tin santan (1 1/2 biji kelapa)(sukatan guna tin jagung)

Cara membuatnya:

1. Satukan tepung kastad, jagung dan gula dengan 1 tin santan. Kacau guna whisk agar tidak berketul dan gula hancur.

2. Lebihan santan dimasukkan dalam periuk sesuai dan dimasak menggunakan api sederhana. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan. Jangan sampai mendidih...bila agak panas baru masukkan bancuhan tepung kastad tadi.

3. Sentiasa dikacau menggunakan senduk kayu hingga pekat dan berkilat.

4. Sedia dimasukkan ke dalam acuan kegemaran. Sejukkan.

Sila lah ye mencuba resepi ini..




PUDING KOKTEL

Satu lagi dessert yang menyegarkan tekak....saya baru jer buat puding ni semalam....tekak ni terasa nak makan puding....Apa lagi...resepi ni saya ambil dari majalah Wanita Edisi Khas 2007....dah lama saya intai-intai resepi ni, asyik tangguh-tangguh jer...sedap dan simple jer penyediannya. Mari tengok resepinya di bawah:


Bahan-bahan:

1/4 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula (saya guna 1/4 jer)
1 cawan susu cair (santan pun boleh)
1 cawan air
Buah-buahan koktel

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan tepung kastad, santan dan gula di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk dan masak di atas api sederhana hingga pekat dan berkilat. (Sentiasa dikacau).

2. Tutupkan api. Letakkan di dalam acuan kesukaan dan sejukkan. Bila sudah keras baru letakkan buah-buahan koktel. Sedia di hidangkan.

Macammana...senangkan...cubalah....





Isnin, 23 Mei 2011

PUDING ROTI

Assalamualaikum....Puding roti...cara mudah..lupa la nak catit siapa punya resepi, tapi yang pasti  saya  ambil dari My Resepi. Maaf la tuan punya yer (kalau tuan punya tengok blog saya ni)...

Ini guna loyang kecil jer..




BAHAN-BAHAN:

6 keping roti putih
2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
3 biji telur
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit kismis hitam

CARA MEMBUATNYA:

1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang.

2. Cairkan mentega dan letak atas roti.

3. Pukul susu, telur dan gula hingga gula hancur dan kembang. Masukkan esen vanila.

4. Letakkan pada roti tadi dan taburkan kismis. Kismis boleh diletak antara lapisan roti dan bahagian atas juga.

5. Bakar pada suhu 180 o C hingga masak dan kekuningan.

Rabu, 11 Mei 2011

PUDING PISANG PELANGI

Assalamualaikum...masih ada lagi pisang lenyek ni dalam peti ais, penangan pisang setandan....belek punya belek resepi ni...teringat nak buat puding. Ubah sikit la...macammana kalau bubuh pisang...he3..otak ni asyik nak ubahsuai aje kerjanya...Resepi asal puding ni dari Azita Kitchen...tq Azita. First try ni...tak pernah buat puding.

Macammana....cantik tak?

Ni yang dah dipotong...simpan dalam peti ais...sedap makan sejuk2.

Mari kita tengok resepinya....

BAHAN-BAHAN:

10 gm serbuk agar-agar
650 air
1/2 cawan pisang lenyek (tambah)
60 gm mentega (guna 2 sudu makan marjerin)
1/2 tin susu cair (guna 2 sudu makan susu pekat + 1 cawan air panas)
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
pewarna merah, kuning dan hijau

CARA MEMBUATNYA:

1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur dan mendidih.

2. Masukkan telur, tepung kastad, pisang, esen vanila dan bancuhan susu kedalam blender..blend hingga kembang.

3. Satukan adunan blend ke dalam adunan agar-agar. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau menggunakan whisk.

4. Angkat dan tapiskan. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Buat dengan cepat.

5. Sediakan bekas sesuai...tinggikan sebahagiannya dan sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis. (3 sudu makan setiap warna).

6. Bila sudah siap, letakkan bekas pada kedudukan yang betul. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI