Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi telur. Papar semua catatan

Rabu, 13 April 2011

TELUR DADAR BILIS GORENG

Resepi ni asalnya dari ayah saya sendiri. Ingat masa kecik2 dulu...ayah masak. Masa tu emak dalam pantang...almaklum la kita orang ni berderet2 setahun satu.. Balik sekolah dah ada masakan ni..simple tapi sedap.

Kalau macam ni makan utk 2 org jer...nasi panas dan kicap sudah mencukupi...meh la cuba.




BAHAN-BAHAN:

2 biji telur
1 biji cili merah (cili padi pun boleh)
1 biji bawang besar
1/2 cawan ikan bilis kopek
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Letak garam. Bawang dan cili dihiris nipis. Kacau.

2. Ikan bilis digoreng. Satukan dalam mangkuk telur tadi. Kacau sebati.

3. Gunakan minyak gorengan ikan bilis tadi. Kalau banyak kurangkan. Garam sedikit sahaja..sebab ikan bilis sudah masin. Masak macam goreng telur dadar.

Selamat mencuba...

Rabu, 30 Mac 2011

SAMBAL TELUR



BAHAN-BAHAN:

5 biji telur (direbus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah kecil
5 tangkai cili kering
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu gula
sedikit garam
minyak untuk menumis dan menggoreng telur


CARA MEMBUATNYA:

1. Rebus telur, kopek dan gorengkan.

2. Blend cili dan bawang putih hingga hancur. Bawang besar dihiris.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender, masak hingga naik minyak dan cili betul-betul masak.

4. Masukkan air asam, gula dan garam. Masukkan telur tadi. Kacau sebati. Siap untuk dihidang.










Ahad, 20 Mac 2011

KARI TELUR DAN PAPEDOM

KARI TELUR DAN PAPEDOM

PAPEDOM



       Kegemaran keluarga. Tapi, kalau nak yang sedap Brand Taj Mahal.....ianya lebih nipis, tidak terlalu masin....sedang2 jer rasanya. Kalau nak menggorengnya, sukatan minyak yang mencukupi sebab ianya akan mengembang, minyak yang panas dan api sederhana sahaja. Masukkan 2 keping sahaja sekali menggoreng. Bila dan kembang semuanya cepat2 angkat, lambat sedikit akan hangus. 



KARI TELUR




BAHAN-BAHAN:

5 biji telur (direbus)
1 biji kentang
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging Baba's
2 cawan santan
sedikit asam keping
sedikit garam
sedikit daun kari
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Telur dikopek dan digoreng sekejap.

2.Tumbukkan bawang merah dan putih, serai diketuk dan rempah kari dibancuh dengan sedikit air.

3. Panaskan minyak, masukkan bunga lawang, daun kari dan kayu manis. Kemudian, masukkan bahan tumbuk. Biar hingga naik bau dan masukkan rempah kari pula. Masak sehingga naik minyak. 

4. Masukkan kentang dan air. Biar hingga kentang lembut. Bila kentang dah lembut masukkan santan dan telur.

5. Tambahkan asam keping dan garam secukupnya. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.

(Apa sahaja menu kari, kalau dihidangkan dengan papedom ni...wah! mengancam..tambah2 lagi ada sambal belacan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI