Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi Udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Udang. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal udang kesukaan anak-anak. Kulit udang mesti dikopek 3/4..tinggalkan ekor sikit jer. Baru habis hingga menjilat pinggan. Kalau udang tak dikopek..hmmmmm...tak tercuit pun. Ni la anak2 punya karenah...


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam
minyak untuk menumis
sedikit garam
gula secukupnya
sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang. 

2. Hiriskan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan cili giling, belacan dan bawang putih hingga betul- betul masak.

3. Masukkan air asam, udang, gula dan garam. Kemudian masukkan bawang besar. Bila rasa sudah cukup dan sempurna, angkat dan hidangkan.

Jumaat, 18 Mac 2011

UDANG MASAK LEMAK

UDANG MASAK LEMAK


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang
4 batang kacang panjang
1 biji karot(kecil)
1 batang cili merah
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sm halia
3 cawan santan
1 keping asam keping
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
2 sudu minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang.

2. Hiris bawang, cili merah dan cili padi. Serai dititik. Bawang putih dan halia ditumbuk.

3. Kacang panjang dan karot dipotong ikut suka.

4. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk, cili, serai hingga wangi. Masukkan udang, goreng sebentar.  Masukkan karot, santan dan serbuk kunyit, garam, asam keping. Biar mendidih sebentar dan masukkan kacang panjang. Dikacau selalu agar tidak pecah santan.

UDANG MASAK SOS TIRAM

UDANG MASAK SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN:

1/2 kg udang (sederhana)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah
2 batang kacang panjang
1/2 biji karot
3 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
1/2 cawan air
garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang, buang sedikit kulit.

2. Karot dan kacang panjang potong ikut suka.

3. bawang, cili padi, bawang putih, cili merah dihiris.

4. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih terlebih dahulu, goreng hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bawang besar.

5. Masukkan karot, kacau sedikit dan udang. Biar hingga 1/4 masak. Masukkan  sos tiram, cili sos, kacang panjang dan air. Biarkan pekat sedikit. Masukkan cili padi dan cili merah.

6. Letakkan sedikit garam. 

RESEPI ILHAM SENDIRI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI