Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Ahad, 22 April 2012

KEK PELANGI "OR"

Assalamualaikum...baru2 ni ada buat kek iaitu kek pelangi belang resepi asal dari erniey@myresepi.com. Dia kata resepi tu dia ambil dari Kolej Komuniti Pasir Gudang. Dah lama dok belek2 resepi ....akhirnya terbuat gak la....saya olah sedikit  sebab ianya bergantung pada bahan yang saya ada di dapur. Corak....saya ikut cara kek ombak beralun....tu yang saya namakan KEK PELANGI "OR" ...kek pelangi + ombak beralun = OR singkatan ombak rindu......haa haa haa....suka-suka jer.....




Kek yang tersusun rapi....kek ni lembut dan sedap....selalu asyik buat kek coklat jer...kali ni buat yang lain la...




BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega (marjerin Pelangi)
300 gm tepung kek (sy guna tepung gandum)
200 gm gula kastor (sy guna gula aising)
1 sk baking powder
1 sk kecil soda bikarbonate (sy tambah)
4 biji telur
5 sb susu cair
1 sk esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau, kuning
sedikit serbuk koko

CARA:

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang..5 minit.
2. Masukkan telur satu per satu dan  pukul lagi.
3. Ayak tepung, baking dan soda. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit menggunakan senduk @ spatula ...kaup balikkan. Masukkan esen vanila dan susu cair ...pukul sekejap hingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan. 
5. Lapik loyang dengan kertas minyak, sapukan sedikit marjerin.....masukkan adunan ikut kreativiti sendiri. Satu lapisan ditutupi dengan serbuk koko yang diayak secara perlahan2 agar  hasilnya sekata. Buat hingga habis. 
6. Panaskan oven. Bakar selama 45 minit @ hingga masak pada suhu 190 oC.

 Inilah hasilnya.....nampak gebukan.....

RUSA MASAK KICAP

Assalamualaikum....hari ni nak kongsi resepi daging rusa masak kicap.....mudah saja penyediaannya. Rasa daging rusa ni lebih sedap berbanding daging lembu dan kambing. Ianya tidak mengandungi lemak langsung.  Harganya agak mahal sedikit laaaa yer....mahal pun berbaloi...



BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging rusa
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis 
1 sudu makan lada hitam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 inci halia
4 sudu makan kicap manis
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiris daging nipis-nipis dan bersihkan.
2. Hiriskan bawang besar dan cili. Ketukkan bawang putih dan halia lalu dicincang2.
3. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk dan lembut.
4. Setelah daging empuk, masukkan kicap, lada hitam yang telah ditumbuk, bawang besar dan cili. Masak sehingga agak sedikit kering kuahnya.
5. Garam dan gula bergantung kepada kicap. Kalau saya tak perlu tambah lagi dah.....sudah memadai.

Cuba la.....
 

Khamis, 12 April 2012

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum...salam hari Jumaat yang berkah dan  penghulu segala hari...rehat2 dan bersantai tatkala kaum adam menunaikan solat Jumaat. Kaum hawa  berkongsi khutbah dengan hanya mendengar radio dan menonton TV....ada juga yang zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..dibuai mimpi walau seketika. Sambil2 mengedit...telinga ni sempat juga mendengar khutbah Jumaat di TV....

Rasa macam teringin nak makan kek coklat...hhmmm  tak pernah jemu dengan coklat...buat yang mudah dan ringkas jer tapi sedap...ni la hasilnya...dah banyak kali buat guna resepi ni...Alhamdulillah. Resepi dari Saji Online....rasa dan kelembutannya sama seperti yang makcik buat di kampung.





Agak rajin guna lah acuan kecil-kecil....tapi kalau datang malasnya  guna terus loyang besar.


Bahan-bahan:
(A)
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan marjerin cair (sy guna minyak kelapa)
1 cawan serbuk koko (sy guna 3/4 cawan)
(B)
1  1/4 cawan tepung gandum(sy guna 1 1/2 cawan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
(C)
3 biji telur
sedikit esen vanila(sy tambah)

1/2 cawan susu pekat(4 sudu makan)

Cara:
1. Satukan bahan A di dalam mangkuk yang tahan api...panaskan seketika hingga bahan sebati. Tidak perlu terlalu panas.

2. Ayakkan bahan B. Setelah bahan A sejuk, masukkan sedikit2 bahan B dan susu pekat, kacau rata.

3. Pukul bahan C menggunakan garpu...campurkan ke dalam adunan..kaup balik sahaja hingga sebati.

4. Panaskan pengukus. Kukus selama 1 jam sekiranya menggunakan loyang. 1/2 jam sekiranya menggunakan acuan kecil. Pastikan air kukusan tidak terkena pada   adunan.

Hasilnya:
1. 1 biji = Guna loyang 20 cm.
2. 20 biji = acuan kecil (seperti di atas)


 



Jumaat, 6 April 2012

KUIH LAPIS

Assalamualaikum...apa khabar semua rakan2...harap sihat sejahtera yer. Petang-petang ni kita sentiasa memikirkan apakah menu yang akan disediakan untuk minum petang...emmmmmm silak2 salinan resepi ni...dapat lak resepi yang simple dan mudah untuk disediakan. Bahan memang dah sentiasa ada di dapur..Resepi Kuih Lapis BEN 10 dari Kak Fida.  Memang kena solute la kat kak seorang ni...kalau ambil resepi dia dah tak perlu risau...InsyaAllah..jadi. Janji kita cuba dulu...Kuih ni pun anak2 suka makan...kita kalau nak buat apa2 pun kena fikir keluarga, kalau majoriti suka  baru buat...takda la kata kita syok sendiri...buat sendiri...makan sendiri....nanti badan pun naik sendiri...parahhhhhh la pulak.


Meh tengok resepinya yer...lepas tu cuba la...nama Kuih Lapis jer la...BEN 10 sebab kak Fida  letak edibleimage Ben10. Kalau nak letak apa2 pun boleh...kalau rajin...

KUIH LAPIS

1 1/2 cawan tepung gandum
1  cawan tepung beras cap gajah
1/2 cawan tepung ubi (saya guna 2 sudu makan tepung jagung)
1 cawan gula
200 ml santan kotak   } sukatan 4 cawan
4 sudu besar susu cair}
air                                  }
(saya guna 4 cawan santan sahaja)
1 sudu makan minyak kelapa
1 sudu kecil garam (saya ambil secubit)
 warna kesukaan


CARA:

1. Satukan kesemua bahan. Tapis atau diblend. 
2. Bahagi  kepada 3 bahagian...maknanya 3 warna.
3. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan panaskan seketika.
4. Bila loyang sudah agak panas, masukkan adunan selapis demi selapis. Masak hingga habis.

 Cuba yer...jangan tak cuba....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI