Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi pelbagai mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi pelbagai mee. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2012

MEE GORENG BASAH


Makan petang...kalau rasa-rasa malas nak makan nasi..mee ni cukup mengenyangkan.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (dicelur seketika)
1 mangkuk kecil isi ayam/udang/daging
sedikit karot
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit kobis
sedikit daun bawang & daun kucai
2 sudu makan cili boh
1/2 cawan kicap manis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk halus)
sedikit minyak untuk menumis
1 keping kek ikan - dipotong kecil
1 keping tauhu - dipotong kecil
1 gelas air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan tauhu dan kek ikan.

2. Masukkan bahan tumbuk, cili boh dan isi ayam, masak hingga naik bau. Masukkan air, kicap, tauhu, kek ikan, sawi, karot, kobis. Biar mendidih seketika baru masukkan mee..kacau sebati. kalau kurang air tambah sedikit lagi.

3. Masukkan kesemua bahan lebihan dan kacau seketika dan siap dihidangkan. Jangan terlalu lama masaknya kerana mee sudah dicelur.

4. Tidak perlu garam atau perasa.

Isnin, 23 Mei 2011

MEE SUP

Wah!....Assalamualaikum semua...sedapnya makan mee sup panas-panas ni...berpeluh.  Kalau potongkan cili padi lagi la bertambah panas.....berapiiiii........Alamak..gambar kuah sup terlupa nak snap  ler.....lupa lakkkkk...

Untuk bahan-bahan tambahan tu agak-agak la yer....rasanya aku nyatakan resepi kuah sup dan sambal kicap jer la...yang lain-lain senang jer...orait, mari turun ke bawah.....

Siap untuk dimakan...Bismillahirrahmanirrahim.


Mee kuning dicelur seketika.


Bahan-bahan tambahan dan sambal kicap.


BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

7 biji cili padi
4 sudu kicap manis

CARA:

1. Tumbukkan cili padi hingga hancur dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap. Kacau sebati. Siap dihidangkan.


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SUP:

1/2 ekor ayam (campurkan isi dan bahagian tulang pun takpa)
1 bungkus sup bunjut
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 kiub pati ayam
Tumbukkan sedikit lada hitam
sedikit garam
air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
daun sup
bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk seperti halia, bawang putih dan bawang merah, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukkan kesemua bahan dengan air yang mencukupi. Reneh hingga masak sempurna. Cukupkan rasanya. Sediakan mangkuk hidangan mee sup. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba.


Jumaat, 20 Mei 2011

MEE HAILAM

Assalamualaikum...Mee Hailam versiku...simple jer main campak-campak...tapi Alhamdulillah...dapat pujian lak dari anak-anakku..


BAHAN-BAHAN:

1 paket mee kuning
2 keping tauhu
1 paket fisball
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 dahan sawi
3 helai kobis
1 mangkuk kecil ayam
3 sudu makan cili sos
4 sudu makan kicap manis
1 1/2 sudu cili giling
sedikit ikan bilis
air secukupnya(kalau suka lebih kuah, maka lebihkan air)
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Mee dicelur sekejap dan toskan.

2. Bawang putih diketuk. Bawang merah dan ikan bilis ditumbuk. Cili dihiris. Sayur-sayuran dipotong ikut suka. Tauhu dan fishbal dipotong. Ayam dipotong kecil.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bahan tumbuk dan cili giling hingga masak dan naik bau..masukkan tauhu, fishball dan ayam. Biar garing seketika. Masukkan air secukupnya, cili sos, kicap dan  biarkan mendidih. Masukkan sayuran tadi.

4. Sekejap saja....masukkan cili merah, mee, kacau, suaikan rasanya dan angkat. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan cili padi...puhhhhh...

Selamat mencuba.

Jumaat, 6 Mei 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...apa khabar kawan2 semua...sesiapa yang membuka blog ni..sudi2kanlah menjadi follower yer. Bukan apa-apa..cuma kita boleh berkongsi ilmu tentang masakan ni...

Hari ini nak masukkan resepi Mee Kari. Makanan kesukaan saya dan keluarga. Dah makan mee ni tak payah nak fikir pasal nasi lagi...cukup kenyang...tambah-tambah lagi bila kuahnya panas...

Mee Kari


BAHAN-BAHAN:

1 kg Mee kuning
Mee kuning dibasuh dan dicelur kemudian ditoskan.

Sukatan bergantung, tetapi mengikut pengalaman memasak ni..kalau sekilo mee boleh dimakan oleh 5 orang dewasa.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

Tauge dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Fishball
Fishcake
Limau kasturi
Cili padi/cili merah
Timun dihiris panjang
Tomato potong kiub (buang tengahnya)
Bawang goreng
Daun bawang/daun sup hiris halus


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 ekor ayam (potong kecil)
5 sudu besar rempah kari daging Baba's
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari 
sedikit asam keping
garam secukupnya
1 mangkuk besar santan pekat
1 mangkuk besar air
minyak untuk menumis
10 biji fishball
2 keping fishcake (dipotong)

CARA MEMBUATNYA:

1. Bawang besar, putih dan halia diblender hancur. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai. Tumiskan bahan blend, kayu manis, bunga lawang, daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari, masak hingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan ayam dan sedikit air, biar sehingga ayam lembut dan mendidih.  Masukkan santan pekat dan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Tambahkan garam secukupnya, masukkan fishball dan fishcake. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan sehingga mendidih.

ok..apa tunggu lagi....


Khamis, 7 April 2011

KUE TEOW GORENG SIMPLE

Menu sarapan pagi bila hari Sabtu atau Ahad atau hari cuti sahaja sebab hari-hari tersebut anak-anak akan makan sarapan yang berat. Kalau hari sekolah, mereka lebih gemar makan roti.



BAHAN-BAHAN:

1 paket kue teow (450 gm)
1 keping tauhu
1 biji cili merah (dipotong)
2 ulas bawang putih (dicincang)
20 sen tauge
20 sen daun kucai
1 sudu makan cili giling
2 @ 3 sudu makan kicap manis
sedikit ikan bilis sebagai perencah(ditumbuk)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak, gorengkan telur kacau biar hancur, masukkan bawang putih, ikan bilis yang di tumbuk dan cili giling, masak hingga naik bau. Masukkan tauhu yang telah dipotong kecil dan biar garing seketika dan mesra dengan cili tadi.

2. Masukkan sedikit air, kicap, garam dan biar mendidih seketika. Masukkan kue teow, kacau. Masukkan tauge, cili merah dan daun kucai. Kacau sehingga benar2 mesra dan cukup rasa.

3. Sedia dihidangkan.



Jumaat, 18 Mac 2011

MEE GORENG SIMPLE

MEE GORENG SIMPLE


BAHAN-BAHAN:

1 Paket mee kuning
2 keping tauhu
daun kucai
20 sen taugeh
sedikit sawi
1/2 gengam ikan bilis
2 susu besar cili giling
1 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu cili sos
4 sudu kicap manis
1/2 cawan air
1 biji telur
3 sudu minyak

CARA MEMBUATNYA:

1. Celur mee kuning dengan air panas dan toskan.

2. Tumbuk bawang merah, putih dan ikan bilis.

3. Hiriskan cili merah, daun kucai dan sawi.

4. Potong tauhu kecil-kecil.

5. Panaskan minyak, goreng tauhu terlebih dahulu hingga hampir garing, ketepikan. Tambah sedikit minyak lagi. Tumiskan bahan tumbuk dan cili giling hingga garing. Tambahkan air, kicap dan sos. Biar mendidih sedikit.
  
6. Masukkan mee, tauhu dan sawi kacau seketika hingga sebati. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengah, pecahkan telur dan tutup telur dengan mee. Masukan taugeh, cili dan daun kucai. Kacau lagi hingga telur betul-betul masak dan sebati. 

(Tidak perlu tambah garam)

Khamis, 10 Mac 2011

MEE HOON GORENG UDANG KERING

MEE HOON GORENG UDANG


BAHAN-BAHAN:

1/2 paket mee hoon (dicelur dengan air panas hingga lembut)
1/2 gengam udang kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
20 sen taugeh
sedikit sawi
sedikit daun kucai
1 keping tauhu
3 sudu besar cili giling
2 sudu besar cili sos
sedikit air
minyak untuk menumis
garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng tauhu. Tumiskan bahan-bahan tumbuk seperti bawang , bawang putih dan udang kering, cili giling dan sedkit garam hingga garing. 

2. Tambahkan sedikit air, masukkan cili sos, mee hoon, sawi dan tauhu. Kacau hingga sebati dan mee hoon betul-betul lembut.

3. Masukkan taugeh, daun kucai dan cili merah, kacau sebati. Sekiranya kurang garam, tambahkan sedikit lagi dan kacau sebati hingga masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI