Menu sarapan pagi bila hari Sabtu atau Ahad atau hari cuti sahaja sebab hari-hari tersebut anak-anak akan makan sarapan yang berat. Kalau hari sekolah, mereka lebih gemar makan roti.
BAHAN-BAHAN:
1 paket kue teow (450 gm)
1 keping tauhu
1 biji cili merah (dipotong)
2 ulas bawang putih (dicincang)
20 sen tauge
20 sen daun kucai
1 sudu makan cili giling
2 @ 3 sudu makan kicap manis
sedikit ikan bilis sebagai perencah(ditumbuk)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan minyak, gorengkan telur kacau biar hancur, masukkan bawang putih, ikan bilis yang di tumbuk dan cili giling, masak hingga naik bau. Masukkan tauhu yang telah dipotong kecil dan biar garing seketika dan mesra dengan cili tadi.
2. Masukkan sedikit air, kicap, garam dan biar mendidih seketika. Masukkan kue teow, kacau. Masukkan tauge, cili merah dan daun kucai. Kacau sehingga benar2 mesra dan cukup rasa.
3. Sedia dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan