Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Khamis, 7 April 2011

AYAM MASAK KURMA



BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam (dibersihkan)
sedikit kunyit
sedikit garam

2 biji kentang
1 biji cili merah
4 biji cili padi
3 sudu makan rempah kurma (dibancuh sedikit dgn air)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 sm halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 mangkuk santan
1 biji tomato (dibelah 6)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 keping asam keping
1 batang serai(diketuk)
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1.  Ayam, kunyit dan garam disatukan. Goreng 1/2 masak sahaja. Asingkan.

2. Tumbukkan halia, bawang putih dan bawang merah. Panaskan kuali dan tumiskan bahan tumbuk, kayu manis, bunga lawang dan serai hingga naik bau. Masukkan rempah kurma, masak hingga naik minyak.

3. Masukkan kentang, masak hingga empuk dengan menambah air atau santan cair. Bila sudah empuk masukkan ayam, santan pekat, dan bahan-bahan lain. Tambahkan garam secukupnya. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan. Biar mesra dan mendidih sempurna.

Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI