Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Isnin, 4 April 2011

KACANG BUNCIS GORENG



BAHAN-BAHAN:

10 batang kacang buncis
1 keping kek ikan
sedikit sawi putih
sedikit udang kering
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam
sedikit air

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiriskan kacang buncis secara serong. Sawi potong kecil dan kek ikan potong nipis.

2. Hiriskan bawang merah, putih dan cili.

3. Udang kering ditumbuk sedikit.

4. Panaskan minyak, gorengkan kek ikan dahulu, dan angkat. Tumiskan bahan hiris dan udang kering hingga naik bau. Masukkan kacang buncis dan kek ikan, tambah sedikit air, masukkan sawi, garam. Kacau sekejap dan angkat.

Mudah bukan...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI