Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Memaparkan catatan dengan label Resepi Apam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Apam. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2012

APAM TEPUNG GANDUM

Assalamualaikum....apa khabar kawan2 semua....ni nak kongsi resepi Apam Tepung Gandum yang saya ambil dari resepi Kak Fida@myresepi. Ada sedikit tambahan pada sukatan air sebab bancuhan agak pekat. Jangan marah ye Kak Fida kalau terbaca blog saya ni. Teringin lak nak makan apam...jadi buat la sikit petang tadi. Dah banyak kali gak buat apam ni, tapi tak sempat nak edit...ni gambar terbaru la yer. Bahannya pun mudah...apa lagi.....mari la cuba...

 Yang ni berwarna-warni...saja2 terlebih rajin


Yang ini hijau dan putih...ada anak seorang ni yang suka makan warna putih jer...

Bahan-bahan:

4 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 1/4 cawan air 
1/2 cawan air
1 paket yis mauripan
Pewarna ikut suka

kelapa parut
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung gandum. Masukkan dalam  mangkuk besar. Satukan dengan gula.

2. Yis dibancuh dengan 1/2 cawan air..dikacau sebati.

3. Masukkan 2 1/4 cawan air ke dalam adunan tepung sambil dikacau menggunakan whisk. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan yis dan kacau lagi. Semasa membancuh kalau hendak diwarnakan sekali pun takpa...terpulang.

4. Perapkan lebih kurang 30 minit hingga adunan naik sekali ganda.

5. Panaskan pengukus. Acuan dilenserkan dengan minyak kelapa dan masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus dalam 10 minit. Angkat dan sejukkan.

6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selasa, 10 Mei 2011

APAM PISANG

Assalamualaikun..balik kg, adik ipar aku ni rajin ke kebun mencari apa yang ada...Alhamdulillah..dapat la pisang 2, 3 tandan. Aku bawa la balik pisang awak ni setandan...apa lagi bila pisang dah masak....serentak pulak tu...Sebenarnya aku tak suka goreng pisang...dah jemu dan dah biasa sangat, lagipun berminyak la...ni gara-gara nak kurangkan kolesterol la ni..he3...

Aku mula la mencari resepi  berasaskan pisang, kat blog rakan-rakan dan my resepi. Hai..bayangkan pisang setandan...banyak ni...resepi pertama ni Apam Pisang. Aku ambil resepi ni dari Kak Fida, My resepi. Terima kasih Kak Fida.....meh kita jenguk resepinya..



BAHAN-BAHAN:

1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula ( guna 3/4 cawan shj)
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil bikarbonat
4 sudu besar susu cair

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak tepung dan bikarbonat.

2. Gula, pisang dan  susu cair dikacau sebati dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.

3. Panaskan pengukus, lenserkan minyak pada acuan cawan, panaskan seketika dalam pengukus.

4. Kemudian, masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus dalam 20 minit.

Aku buat dua adunan...boleh jadi dalam 33 biji apam. Puas la makan...sampai esoknya..Gula sengaja aku kurangkan sebab biasalah yer..kurangkan manis dalam makanan tapi tambahkan manis pada senyuman....


Jumaat, 22 April 2011

APAM MARMAR GEBU

Assalamualaikum. 

Hari ni saya nak masukkan resepi Apam Marmar yang saya ambil dari My Resepi. Apam Marmar ni hasil ciptaan dari Mat Gebu. Terima kasih CMG. Nama ni saya tambah "gebu" sempena nama dia la...selain namanya gebu sebenarnya apam ni pun memang gebu..sedap dan lembut. Maaf la ye CMG ada sedikit la yang diubah mengikut kesesuaian. Mari kita tengok resepinya di bawah ni.....


BAHAN-BAHAN: (Loyang berukuran 10 ")

250 gm tepung berserbuk penaik (diayak)
200 ml santan (1 1/2 cawan)
200 gula halus (kastor)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanila
1 sudu makan ovallate
secubit garam
Pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali pewarna. Pukul dengan speed perlahan sehingga sebati.

2. Lajukan speed dan putar adunan hingga kembang dan pekat.

3. Bahagi kepada 3 dan warnakan ikut suka.

4. Loyang dilenserkan dengan mentega atau minyak. Letakkan adunan ikut corak kesukaan sehingga adunan habis.

5. Tutup atas loyang dengan aluminium foil agar tidak terkena titisan air kukusan.

6. Panaskan kukusan dahulu. Setelah panas, masukkan loyang dan kukus selama 45 minit. Angkat, sejukkan dan keluarkan dari acuan dan potong.






Sabtu, 9 April 2011

APAM SNOW

Kuih ni nama sebenarnya Apam Snow White tapi saya panggil Apam Snow jer la sebab warna bukan putih jer...berwarna-warni.  Belang pun ada. Saya ambil dari blog mamawandiha, azita dan my resepi. Terima kasih la pada kawan2 ni..sbb resepi ni mudah dan ringkas.  Sedap di makan bila sejuk tanpa kelapa pun tak apa. Simpan sampai esok pun ok lagi...

Resepi ni saya adjust sikit bab gula..faham2 la kan..manis sgt pun boleh mengundang penyakit. Nak ikut tekak memang la semua nak...Lebih baik kita beringat.





BAHAN- BAHAN:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula (guna 1 cawan shj)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam

pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Nasi dan air dikisar halus.

2. Masukkan kesemua bahan, gaul rata dan ketepikan. Gaul menggunakan whisk.

3. Campurkan kisaran nasi tadi. Gaul sebati. Perap selama 2 jam. Tutup dengan kain bersih.

4. Bubuh pewarna ikut suka. 

5. Panaskan pengukus. Acuan disapu minyak kelapa dan panaskan seketika selama 3 min.

6. Masukkan bancuhan 3/4 penuh. Kukus selama 10 min. (api sederhana).

7. Untuk kelapa, gaulkan dengan sedikit garam. Kukus sekejap. Ambil apam golek2 kan. Sedia untuk dihidang.

Satu adunan ni boleh jadi 44 biji...puas makan. Apa tunggu lagi.


Jumaat, 18 Mac 2011

APAM SENYUM IMPIANA

1. APAM SENYUM IMPIANA


BAHAN-BAHAN:

3 Biji telor
1 cawan gula
1 camca besar ovellete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
sedikit pewarna merah, kuning, hijau
70 keping papercup

CARA MEMBUATNYA:

1.  Masukkan telor, gula dan ovellete, pukul hingga kembang dan gebu.

2.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Tambahkan air aiskrim soda dan kacau sebati.

3.  Bahagi kepada tiga bahagian dan warnakan.

4.  Masukkan ke dalam papercup beralaskan acuan.

5.  Kukus selama 10 - 15 min.

(Resepi daripada Azita Kitchen. Thanks Azita)
Sesuai untuk yang berdiet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI