PAPEDOM
Kegemaran keluarga. Tapi, kalau nak yang sedap Brand Taj Mahal.....ianya lebih nipis, tidak terlalu masin....sedang2 jer rasanya. Kalau nak menggorengnya, sukatan minyak yang mencukupi sebab ianya akan mengembang, minyak yang panas dan api sederhana sahaja. Masukkan 2 keping sahaja sekali menggoreng. Bila dan kembang semuanya cepat2 angkat, lambat sedikit akan hangus.
|
KARI TELUR
|
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur (direbus) 1 biji kentang 1 batang serai 1 kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis 3 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sudu besar rempah kari daging Baba's 2 cawan santan sedikit asam keping sedikit garam sedikit daun kari sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA:
1. Telur dikopek dan digoreng sekejap.
2.Tumbukkan bawang merah dan putih, serai diketuk dan rempah kari dibancuh dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak, masukkan bunga lawang, daun kari dan kayu manis. Kemudian, masukkan bahan tumbuk. Biar hingga naik bau dan masukkan rempah kari pula. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang dan air. Biar hingga kentang lembut. Bila kentang dah lembut masukkan santan dan telur.
5. Tambahkan asam keping dan garam secukupnya. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.
(Apa sahaja menu kari, kalau dihidangkan dengan papedom ni...wah! mengancam..tambah2 lagi ada sambal belacan)
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan