Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 18 Mac 2011

AYAM MASAK SOS TIRAM

AYAM MASAK SOS TIRAM


BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk isi ayam (bahagian dada)
1 biji bawang besar
1 biji kentang (dipotong nipis dan digoreng)
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sm halia
4 biji cili padi
2 sudu cili sos
1 sudu kicap cair
2 sudu kicap manis
sedikit garam
2 sudu minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit gula

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayam di potong kecil dan nipis.

2. Bawang besar dihiris bulat, cili merah dihirs nipis dan memanjang. Cili padi diketuk sedikit.

3. Halia dan bawang putih ditumbuk.

4. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk, bawang besar, cili padi, masukkan isi ayam dan goreng sebentar. Masukkan sedikit air, masukkan cili sos, kicap cair dan kicap manis, kacau lagi. Biar bahan mesra dengan ayam.

5. Tambah garam sedikit sahaja dan sedikit gula. Taburkan cili merah. Kacau sekejap dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI