Jumaat, 18 Mac 2011

RENDANG AYAM

RENDANG AYAM


BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam
1 biji kentang besar(belah memanjang)
2 batang serai (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang besar(dihiris)
1 inci lengkuas (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging Baba's
3 biji cili padi (Ikut suka)
2 cawan santan pekat
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1/2 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
2 sudu minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayam dibersihkan. Letak sedikit kunyit dan garam. Goreng sekejap.

2. Goreng kentang.

3. Kisarkan bahan-bahan seperti bawang, cili, rempah kari, serai, halia dan lengkuas hingga hancur. Masukkkan minyak ke dalam kuali. tumis sebentar dan masukkan santan, kerisik hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kentang dan bahan lain. Api biar sederhana. Tambah garam dan gula. Biar hingga kering sedikit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator