Selasa, 31 Januari 2012

PUDING JAGUNG

Assalam...selamat sejahtera semua rakan-rakan. Mari kita berkongsi dan ramai-ramaikan lah rakan blogger. Yang berminat dengan blog saya ni silalah menjadi follower ye...@ like mana berkenan...berkomunikasi lah kita, kalau ada sebarang komen..sila nyatakan...mudah-mudahan kita boleh memperbaiki apa yang silap, menambah apa yang kurang..berkongsi ilmu, mengeratkan silaturrahim sesama kita dan sebagainya.

Untuk kali ini mari kita kongsi resepi menu mudah yang menjadi kegemaran keluarga..Amacam, cantik tak puding ni, kuning berkilat kannnnnn.....masuk bakul angkat sendiri lak..

Lupa lak....resepi ni dari kakak saudara di kampung. Dia yang ajar cara masak masa kenduri tahlil Arwah Ibunda di rumah. Terima kasih Kak Ingah.




Bahan-bahan:

1 paket tepung kastad (300 gm)
1 tin jagung cream
1/2 kilo gula @ boleh kurang 450 gm
5 tin santan (1 1/2 biji kelapa)(sukatan guna tin jagung)

Cara membuatnya:

1. Satukan tepung kastad, jagung dan gula dengan 1 tin santan. Kacau guna whisk agar tidak berketul dan gula hancur.

2. Lebihan santan dimasukkan dalam periuk sesuai dan dimasak menggunakan api sederhana. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan. Jangan sampai mendidih...bila agak panas baru masukkan bancuhan tepung kastad tadi.

3. Sentiasa dikacau menggunakan senduk kayu hingga pekat dan berkilat.

4. Sedia dimasukkan ke dalam acuan kegemaran. Sejukkan.

Sila lah ye mencuba resepi ini..




PUDING KOKTEL

Satu lagi dessert yang menyegarkan tekak....saya baru jer buat puding ni semalam....tekak ni terasa nak makan puding....Apa lagi...resepi ni saya ambil dari majalah Wanita Edisi Khas 2007....dah lama saya intai-intai resepi ni, asyik tangguh-tangguh jer...sedap dan simple jer penyediannya. Mari tengok resepinya di bawah:


Bahan-bahan:

1/4 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula (saya guna 1/4 jer)
1 cawan susu cair (santan pun boleh)
1 cawan air
Buah-buahan koktel

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan tepung kastad, santan dan gula di dalam periuk. Kacau sebati menggunakan whisk dan masak di atas api sederhana hingga pekat dan berkilat. (Sentiasa dikacau).

2. Tutupkan api. Letakkan di dalam acuan kesukaan dan sejukkan. Bila sudah keras baru letakkan buah-buahan koktel. Sedia di hidangkan.

Macammana...senangkan...cubalah....





MEE GORENG BASAH


Makan petang...kalau rasa-rasa malas nak makan nasi..mee ni cukup mengenyangkan.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (dicelur seketika)
1 mangkuk kecil isi ayam/udang/daging
sedikit karot
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit kobis
sedikit daun bawang & daun kucai
2 sudu makan cili boh
1/2 cawan kicap manis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk halus)
sedikit minyak untuk menumis
1 keping kek ikan - dipotong kecil
1 keping tauhu - dipotong kecil
1 gelas air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan tauhu dan kek ikan.

2. Masukkan bahan tumbuk, cili boh dan isi ayam, masak hingga naik bau. Masukkan air, kicap, tauhu, kek ikan, sawi, karot, kobis. Biar mendidih seketika baru masukkan mee..kacau sebati. kalau kurang air tambah sedikit lagi.

3. Masukkan kesemua bahan lebihan dan kacau seketika dan siap dihidangkan. Jangan terlalu lama masaknya kerana mee sudah dicelur.

4. Tidak perlu garam atau perasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator