Jumaat, 29 April 2011

IKAN BILIS TIGA RASA





Bahan-bahan (hidangan untuk 5 orang) 

  • 1 cawan ikan bilis kopek
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu makan gula
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Basuhkan ikan bilis, toskan dan goreng hingga garing. Minyak jangan terlalu banyak kerana minyak gorengan itu boleh digunakan untuk menumis. Sesudah garing angkat dan letak di dalam mangkuk.
  2. Hiriskan cili nipis-nipis, bawang besar dan bawang putih. Tumiskankan hingga naik bau.
  3. Masukkan air asam, gula dan sedikit garam sahaja. Bagi memastikan tidak masin (ada jenis ikan bilis masin), garam ditambahkan kemudian).
  4. Biar kuah pekat sedikit dan rasa yang cukup, tuangkan kuah tersebut pada ikan bilis. Sedia untuk dihidang.


Sedap dimakan bersama nasi putih....perghhhh..terliur.

Jumaat, 22 April 2011

SAYUR CAMPUR

Antara menu kegemaran saya...sebab saya memang suka makan sayur. Tapi..tak tau la kenapa anak-anak sekarang tak suka makan sayur...masak satu mangkuk..sikit pun dia orang tak sentuh. Dari yang si sulong sampai la yang si bongsu ni....tapi anak yang no 2..ada gak la makan sikit....tengok jenis sayur. Kalau masak macam ni dia makan...



BAHAN-BAHAN:

1/2 batang karot
3 helai kobis
4 batang kacang panjang
sedikit kobis bunga
4 ekor udang besar (potong kecil)
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan sos tiram
sedikit gula
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Potong kacang panjang, kobis, kobis bunga dan  karot ikut suka.

2. Hiris bawang besar dan cili merah. Bawang putih diketuk dan dimayang.

3. Panaskan minyak, masukkan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah dan cili merah. masukkan udang. Kemudia, masukkan karot dan sedikit air. Kacau seketika, masukkan kacang panjang, kobis dan kobis bunga.

4. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sebati dan angkat. 

CEKODOK IKAN BILIS

Cekodok ni biasanya kita makan semasa minum petang...memang menjadi kegemaran semua orang. Selain cara membuatnya mudah, ianya dimakan semasa panas bersama teh o dan dicicah la pula dengan cili sos...perrgghhh..memang mengancam.


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
1/4 cawan ikan bilis
1/2 cawan tauge
sedikit daun kucai
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit(Kalau suka)
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiris bawang besar nipis-nipis. Tumbukkan ikan bilis. Potong daun kucai.

2. Satukan kesemua bahan. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang sedang-sedang je...

3. Panaskan minyak, masukkan sejemput demi sejemput. Masak hingga habis. Pastikan semasa memasukkan adunan, minyak tidak terlalu panas (pandai kawal api). Baru hasilnya cantik dan rangup.

Selamat mencuba.



APAM MARMAR GEBU

Assalamualaikum. 

Hari ni saya nak masukkan resepi Apam Marmar yang saya ambil dari My Resepi. Apam Marmar ni hasil ciptaan dari Mat Gebu. Terima kasih CMG. Nama ni saya tambah "gebu" sempena nama dia la...selain namanya gebu sebenarnya apam ni pun memang gebu..sedap dan lembut. Maaf la ye CMG ada sedikit la yang diubah mengikut kesesuaian. Mari kita tengok resepinya di bawah ni.....


BAHAN-BAHAN: (Loyang berukuran 10 ")

250 gm tepung berserbuk penaik (diayak)
200 ml santan (1 1/2 cawan)
200 gula halus (kastor)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanila
1 sudu makan ovallate
secubit garam
Pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali pewarna. Pukul dengan speed perlahan sehingga sebati.

2. Lajukan speed dan putar adunan hingga kembang dan pekat.

3. Bahagi kepada 3 dan warnakan ikut suka.

4. Loyang dilenserkan dengan mentega atau minyak. Letakkan adunan ikut corak kesukaan sehingga adunan habis.

5. Tutup atas loyang dengan aluminium foil agar tidak terkena titisan air kukusan.

6. Panaskan kukusan dahulu. Setelah panas, masukkan loyang dan kukus selama 45 minit. Angkat, sejukkan dan keluarkan dari acuan dan potong.






RENDANG DAGING

Seperti yang dinyatakan...inilah rendang daging versi saya..


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging lembu
1 mangkuk santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili giling
2 batang serai
seketul lengkuas
sedikit halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
gula secukupnya
garam secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis
sedikit asam keping
daun limau purut

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiris daging nipis-nipis.

2. Hiriskan serai, halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah dan blendkan kesemuanya hingga hancur.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender tadi, cili dan rempah kari. Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan air secukupnya untuk melembutkan daging.

4. Sekiranya daging lambat lembut (empuk) tambahkan air lagi. Proses ini bergantung kepada bahagian daging. Ada daging yang mengambil masa lama untuk lembut...

5. Sekiranya daging hampir lembut, masukkan santan, garam, gula, kerisik, kayu manis, bunga lawang dan asam keping. Masakan rendang ini biasanya agak manis sedikit. Akhir sekali sekiranya hampir kering masukkan daun limau purut yang telah diracik halus. Selamat Mencuba.




Rabu, 20 April 2011

LEMPENG KELAPA

Assalamualaikum..inilah resepi mudah. Kadang-kadang teringin nak makan yang ringkas dan kurang berminyak..kebetulan ada rendang daging. Lempeng ni nak makan dengan sambal tumis pun boleh dan ikut selera kita. Resepi rendang nanti saya masukkan...jom kita tengok resepi lempengnya dulu.

Lempeng kelapa dan rendang daging

Bancuhannya, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
Masak di atas kuali leper, tidak perlu nipis sangat. Ditutup dengan penutup agar  masaknya sempurna.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
sedikit garam
air secukupnya
1 sudu makan minyak kelapa

CARA MEMBUATNYA:

1. Bancuhkan kesemua bahan dalam 1 bekas hingga sebati.

2. Panaskan kuali leper, ratakan dengan senduk, tutup seketika. Bila lapisan bawah sudah kering, terbalikkan. Masak menggunakan api yang sederhana sahaja.



Ahad, 17 April 2011

SUP PETOLA DAN TAUHU

Pergi ke kedai nak beli sayur...tengok2 sayur asyik sama jer hari2...boring jugak. Kita ni  penggemar sayuran, bila makan tu lebih sayur dari nasi dan lauk.  Bila terlihat petola ni nampak muda dan cantik terus beli...memang best la kalau buat sup sayur ni campur dengan suhun, tauhu kering dan tauhu...mari kita tengok macammana nak masak, versi saya la....



BAHAN-BAHAN:

1 batang petola
sedikit kobis bunga
1 keping tauhu
sedikit suhun
sedikit tauhu kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
air secukupnya
sedikit bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit garam
sedikit minyak

CARA MEMBUATNYA:

1. Rendamkan suhun dan tauhu kering.

2. Bersihkan petola dan potong kecil. Tauhu potong kecil. Kobis bunga juga diotong kecil.

3. Ketukkan bawang putih, hiris cili padi dan bawang besar.

4. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang besar, bunga lawang dan kayu manis, masak hingga naik bau.

5. Masukkan tauhu, petola dan air. Masukkan suhun dan tahu kering, cili padi, garam. Masak hingga mendidih dan rasa mencukupi. Jangan terlalu lama. Tutup api dan sedia dihidangkan.



KUIH SERI MUKA

Assalamualaikum. Hari ni nak masukkan resepi Kuih Seri Muka. Resepi ni asalnya dari nenek tapi telah diperturunkan kepada makcik. Dulu kalau nenek buat kuih ni belah atasnya manis sangat mungkin makcik telah olahkan sedikit bab gula ni..yang ini sedang2 jer...




BAHAN-BAHAN:

Penggunaan Loyang 20 cm.


Untuk Lapisan bawah:

1 1/2 cawan santan 
2 cawan pulut
sedikit garam

Cara:

1. Rendam pulut semalaman.

2. Basuh dan toskan. Masukkan kedalam loyang. 

3. Sebatikan garam dan santan. Biar cukup lemak masinnya.

4. Masukkan santan ke dalam loyang pulut tadi. Paras santan lebih sedikit saja dengan paras pulut.

5. Kukus hingga masak. Setelah masak, tekan dengan kuat menggunakan senduk nasi dan plastik. (Proses ini dibuat semasa pulut tengah panas). Setelah padat dikukus semula.


Lapisan Atas:

2 biji telur 
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan gula
sedikit esen vanila
sedikit pewarna hijau.

Cara:

1. Blendkan telur, gula, esen vanila hingga kembang. Masukkan tepung sedikit2 dan santan serta air pandan. Tambah sedikit pewarna hijau. Blend sebati.

2. Setelah siap, masukkan ke dalam loyang pulut tadi. Kukus hingga masak. Biarkan sejuk baru dipotong.

Cuba lah....

Khamis, 14 April 2011

JUS LOBAK MERAH

          Hari ni nak n3 tentang minuman lak. Setiap hari kita fikir tentang nak makan apa..nak masak apa..tapi kali ini fikirkan tentang nak minum apa..Baca punya baca kt intenet dan majalah.. Jus lobak merah ni bagus untuk kesihatan dan berpotensi untuk menambahkan  berat badan (sumber addilazzkiya's blog)..."Khasiat lobak merah sudah tentunya betakaroten yang mana berfungsi memberikan warna oren kepadanya. Betakaroten diketahui mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan. Lobak merah juga kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral".


Jus lobak merah boleh dijadikan minuman dan digunakan untuk membaiki keadaan kulit. Berguna untuk mengurangkan  masalah sakit jantung, diarrhea, juga mengatasi selsema dengan membentuk antibodi dalam badan.


Lobak merah juga kegunaannya untuk memanaskan badan juga melancarkan aliran haid dan air kencing. (Sumber PP.info)


Terasa ingin mencuba. Dah 3 hari saya mencuba...diminum setiap pagi dan sebelum minum tu kita orang islam ni seeloknya baca Bismismillah dan berselawat la dulu.




Nak buat pun senang...

BAHAN-BAHANNYA:

1 batang karot (kecil)
1 sudu gula (susu rendah lemak)
1 1/4 gelas air masak

CARANYA:

1. Kupas kulit karot. Kalau tak nak kupas pun takpa..basuh bersih-bersih. Potong kecil2 dan masukkan dalam blender. Masukkan semua bahan lain dan blend hingga hancur. Kemudian tapiskan. Dapat la 1 gelas jus karot.


Di samping itu kawan2 semua, hampasnya jangan dibuang..boleh guna untuk mencuci muka. Campurkan dengan sedikit tepung jagung dan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka. Buat selama 1/2 ke 1 jam. Lepas tu cuci dengan bersih. InsyaAllah kulit muka akan menjadi bersih dan lembut. Tengok...tak membazirkan..2 in 1. 

        


          

Rabu, 13 April 2011

TELUR DADAR BILIS GORENG

Resepi ni asalnya dari ayah saya sendiri. Ingat masa kecik2 dulu...ayah masak. Masa tu emak dalam pantang...almaklum la kita orang ni berderet2 setahun satu.. Balik sekolah dah ada masakan ni..simple tapi sedap.

Kalau macam ni makan utk 2 org jer...nasi panas dan kicap sudah mencukupi...meh la cuba.




BAHAN-BAHAN:

2 biji telur
1 biji cili merah (cili padi pun boleh)
1 biji bawang besar
1/2 cawan ikan bilis kopek
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Pecahkan telur dalam mangkuk. Letak garam. Bawang dan cili dihiris nipis. Kacau.

2. Ikan bilis digoreng. Satukan dalam mangkuk telur tadi. Kacau sebati.

3. Gunakan minyak gorengan ikan bilis tadi. Kalau banyak kurangkan. Garam sedikit sahaja..sebab ikan bilis sudah masin. Masak macam goreng telur dadar.

Selamat mencuba...

Sabtu, 9 April 2011

SAYUR GORENG TEMPE

Masakan ini kebanyakannya dimasak oleh orang Jawa...sebab ada  tempe. Rasanya cukup dengan lemak manisnya serba sempurna. Macam sambal goreng Jawa gak. 



BAHAN-BAHAN:

2 keping tempe
1 keping tauhu
1 biji kentang
6 batang kacang buncis
1 biji bawang besar sedang
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/4 cawan ikan bilis
sedikit air asam (asam keping)
sedikit gula
sedikit garam
1 cawan santan
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Potong tempe, kentang dan tauhu ikut suka. Goreng berasingan. Kacang buncis dipotong serong.

2. Tumbukkan bawang putih dan ikan bilis. Cili dan bawang besar dihiris.

3. Panaskan minyak, tumiskan kesemua bahan tadi hingga naik bau. Masukkan santan, asam, garam, gula dan kacau hingga mendidih. Masukkan bahan goreng dan kacang buncis  tadi. Kacau seketika dan siap.

NANGKA MUDA MASAK LEMAK

Masakan ini  adalah atas permintaan emak saya. Teringin sangat nak makan nangka muda (goree..org Jawa panggilnya). Dia kata dah lama tak makan goree ni.  Sanggup telepon saya, suruh buat...tapi saya buat pun lepas seminggu la...kesian emak saya ni terpaksa menahannya keinginannya. Nak buat sendiri sudah tak berupaya. 

Jadi, saya buat siap2 dari rumah terus bawa balik ke kampung. Alhamdulillah..syukur katanya...dapat gak makan. Senang hati rasanya dapat memenuhi impian emak. Tak ada komplen pun....




BAHAN-BAHAN:

2 belah nangka muda
1 batang serai
5 biji cili padi
1 sudu makan ketumbar
sedikit jintan
1 batang serai
1/4 cawan ikan bilis
1 mangkuk besar santan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan nangka, potong kecil2 dan rebus hingga empuk. Bila sudah empuk, dibuang airnya, dibilas dan toskan.

2. Serai dititik. Bawang dan ikan bilis ditumbuk. Ketumbar dan jintan juga ditumbuk.

3. Ambil periuk, masukkan kesemua bahan dan masak atas api sederhana hingga mendidih. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.

Enak dimakan bersama sambal belacan dan ikan masin.



APAM SNOW

Kuih ni nama sebenarnya Apam Snow White tapi saya panggil Apam Snow jer la sebab warna bukan putih jer...berwarna-warni.  Belang pun ada. Saya ambil dari blog mamawandiha, azita dan my resepi. Terima kasih la pada kawan2 ni..sbb resepi ni mudah dan ringkas.  Sedap di makan bila sejuk tanpa kelapa pun tak apa. Simpan sampai esok pun ok lagi...

Resepi ni saya adjust sikit bab gula..faham2 la kan..manis sgt pun boleh mengundang penyakit. Nak ikut tekak memang la semua nak...Lebih baik kita beringat.





BAHAN- BAHAN:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula (guna 1 cawan shj)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam

pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Nasi dan air dikisar halus.

2. Masukkan kesemua bahan, gaul rata dan ketepikan. Gaul menggunakan whisk.

3. Campurkan kisaran nasi tadi. Gaul sebati. Perap selama 2 jam. Tutup dengan kain bersih.

4. Bubuh pewarna ikut suka. 

5. Panaskan pengukus. Acuan disapu minyak kelapa dan panaskan seketika selama 3 min.

6. Masukkan bancuhan 3/4 penuh. Kukus selama 10 min. (api sederhana).

7. Untuk kelapa, gaulkan dengan sedikit garam. Kukus sekejap. Ambil apam golek2 kan. Sedia untuk dihidang.

Satu adunan ni boleh jadi 44 biji...puas makan. Apa tunggu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator