Khamis, 7 April 2011

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Ringkas dan menyelerakan...orang Jawa suka niiii.....



BAHAN-BAHAN:

4 keping tempe
1/2 cawan ikan bilis kopek
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling
1 1/2 sudu makan gula
garam secukupnya
minyak secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Tempe - potong kecil dan nipis (digoreng).

2. Ikan bilis digoreng garing.

3. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan segala bawang dan cili giling, masak hingga naik minyak.

4. Masukkan gula, tempe dan ikan bilis, kacau sebati dan mesra. Sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator