Ahad, 17 April 2011

SUP PETOLA DAN TAUHU

Pergi ke kedai nak beli sayur...tengok2 sayur asyik sama jer hari2...boring jugak. Kita ni  penggemar sayuran, bila makan tu lebih sayur dari nasi dan lauk.  Bila terlihat petola ni nampak muda dan cantik terus beli...memang best la kalau buat sup sayur ni campur dengan suhun, tauhu kering dan tauhu...mari kita tengok macammana nak masak, versi saya la....



BAHAN-BAHAN:

1 batang petola
sedikit kobis bunga
1 keping tauhu
sedikit suhun
sedikit tauhu kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
air secukupnya
sedikit bunga lawang
sedikit kayu manis
sedikit garam
sedikit minyak

CARA MEMBUATNYA:

1. Rendamkan suhun dan tauhu kering.

2. Bersihkan petola dan potong kecil. Tauhu potong kecil. Kobis bunga juga diotong kecil.

3. Ketukkan bawang putih, hiris cili padi dan bawang besar.

4. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, bawang besar, bunga lawang dan kayu manis, masak hingga naik bau.

5. Masukkan tauhu, petola dan air. Masukkan suhun dan tahu kering, cili padi, garam. Masak hingga mendidih dan rasa mencukupi. Jangan terlalu lama. Tutup api dan sedia dihidangkan.



1 ulasan:

  1. Kalau ditumbukkan sedikit lada hitam pun sedap.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator