Sabtu, 9 April 2011

APAM SNOW

Kuih ni nama sebenarnya Apam Snow White tapi saya panggil Apam Snow jer la sebab warna bukan putih jer...berwarna-warni.  Belang pun ada. Saya ambil dari blog mamawandiha, azita dan my resepi. Terima kasih la pada kawan2 ni..sbb resepi ni mudah dan ringkas.  Sedap di makan bila sejuk tanpa kelapa pun tak apa. Simpan sampai esok pun ok lagi...

Resepi ni saya adjust sikit bab gula..faham2 la kan..manis sgt pun boleh mengundang penyakit. Nak ikut tekak memang la semua nak...Lebih baik kita beringat.





BAHAN- BAHAN:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula (guna 1 cawan shj)
1 paket mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

1/2 biji kelapa parut (putih shj)
sedikit garam

pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Nasi dan air dikisar halus.

2. Masukkan kesemua bahan, gaul rata dan ketepikan. Gaul menggunakan whisk.

3. Campurkan kisaran nasi tadi. Gaul sebati. Perap selama 2 jam. Tutup dengan kain bersih.

4. Bubuh pewarna ikut suka. 

5. Panaskan pengukus. Acuan disapu minyak kelapa dan panaskan seketika selama 3 min.

6. Masukkan bancuhan 3/4 penuh. Kukus selama 10 min. (api sederhana).

7. Untuk kelapa, gaulkan dengan sedikit garam. Kukus sekejap. Ambil apam golek2 kan. Sedia untuk dihidang.

Satu adunan ni boleh jadi 44 biji...puas makan. Apa tunggu lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator