Jumaat, 22 April 2011

APAM MARMAR GEBU

Assalamualaikum. 

Hari ni saya nak masukkan resepi Apam Marmar yang saya ambil dari My Resepi. Apam Marmar ni hasil ciptaan dari Mat Gebu. Terima kasih CMG. Nama ni saya tambah "gebu" sempena nama dia la...selain namanya gebu sebenarnya apam ni pun memang gebu..sedap dan lembut. Maaf la ye CMG ada sedikit la yang diubah mengikut kesesuaian. Mari kita tengok resepinya di bawah ni.....


BAHAN-BAHAN: (Loyang berukuran 10 ")

250 gm tepung berserbuk penaik (diayak)
200 ml santan (1 1/2 cawan)
200 gula halus (kastor)
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanila
1 sudu makan ovallate
secubit garam
Pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali pewarna. Pukul dengan speed perlahan sehingga sebati.

2. Lajukan speed dan putar adunan hingga kembang dan pekat.

3. Bahagi kepada 3 dan warnakan ikut suka.

4. Loyang dilenserkan dengan mentega atau minyak. Letakkan adunan ikut corak kesukaan sehingga adunan habis.

5. Tutup atas loyang dengan aluminium foil agar tidak terkena titisan air kukusan.

6. Panaskan kukusan dahulu. Setelah panas, masukkan loyang dan kukus selama 45 minit. Angkat, sejukkan dan keluarkan dari acuan dan potong.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator