Assalamualaikum....apa khabar kawan2 semua....ni nak kongsi resepi Apam Tepung Gandum yang saya ambil dari resepi Kak Fida@myresepi. Ada sedikit tambahan pada sukatan air sebab bancuhan agak pekat. Jangan marah ye Kak Fida kalau terbaca blog saya ni. Teringin lak nak makan apam...jadi buat la sikit petang tadi. Dah banyak kali gak buat apam ni, tapi tak sempat nak edit...ni gambar terbaru la yer. Bahannya pun mudah...apa lagi.....mari la cuba...
Yang ni berwarna-warni...saja2 terlebih rajin
Yang ini hijau dan putih...ada anak seorang ni yang suka makan warna putih jer...
Bahan-bahan:
4 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 1/4 cawan air
1/2 cawan air
1 paket yis mauripan
Pewarna ikut suka
kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum. Masukkan dalam mangkuk besar. Satukan dengan gula.
2. Yis dibancuh dengan 1/2 cawan air..dikacau sebati.
3. Masukkan 2 1/4 cawan air ke dalam adunan tepung sambil dikacau menggunakan whisk. Kacau hingga sebati. Masukkan bancuhan yis dan kacau lagi. Semasa membancuh kalau hendak diwarnakan sekali pun takpa...terpulang.
4. Perapkan lebih kurang 30 minit hingga adunan naik sekali ganda.
5. Panaskan pengukus. Acuan dilenserkan dengan minyak kelapa dan masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus dalam 10 minit. Angkat dan sejukkan.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
© 2010 - 2025 ZatiahBahrun - Hak Cipta Terpelihara.
Dah sejuk pun masih lembut lagi berbanding apam2 lain....
BalasPadam