Rabu, 30 Mac 2011

HATI AYAM MASAK HITAM



BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo hati ayam (kalau suka pedal boleh campur)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 sudu makan cili giling
1 sudu makan kicap manis
sedikit halia
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1/4 cawan air asam
sedikit gula
sedikit garam
minyak

CARA MEMBUATNYA:

1. Basuh hati hingga bersih. Campurkan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.

2. Hiriskan bawang besar & cili merah. Tumbukkan halia dan bawang putih. 

3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, cili giling, bunga lawang & kayu manis, masak hingga  naik bau. Masukkan air asam, gula, hati ayam, cili merah, bawang besar dan kicap. Kacau sebati.

4. Kalau kurang rasa tambah garam sedikit. Siap untuk dihidang.






IKAN SAMBAL



BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan goreng(ikut suka)
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3 sudu makan cili giling
1/4 cawan air asam
1 sudu makan gula
sedikit minyak
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiriskan bawang besar dan cili merah. Tumbukkan bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk, masukkan cili giling. Masak hingga naik minyak. Masukkan bawang besar dan cili merah. Masukkan air asam, gula dan sedikit garam. Kalau perlu kuah tambah sedikit air.

3. Masukkankan ikan goreng dan kacau sebati. Bila sudah cukup semua rasa padamkan api dan sedia untuk dihidang.





SAMBAL TELUR



BAHAN-BAHAN:

5 biji telur (direbus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah kecil
5 tangkai cili kering
1/4 cawan air asam jawa
2 sudu gula
sedikit garam
minyak untuk menumis dan menggoreng telur


CARA MEMBUATNYA:

1. Rebus telur, kopek dan gorengkan.

2. Blend cili dan bawang putih hingga hancur. Bawang besar dihiris.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender, masak hingga naik minyak dan cili betul-betul masak.

4. Masukkan air asam, gula dan garam. Masukkan telur tadi. Kacau sebati. Siap untuk dihidang.










Selasa, 29 Mac 2011

AIR SOYA




Resepi ni saya ambil dari akma-4th@myresepi.com. Sukatan saya tukar. Enaknya kalau diminum selalu...berkhasiat lagi. Lain kali dah tak payah beli, terutama bulan puasa....buat sendiri puas...pekat, tak macam yang dijual tu...dah cair.





BAHAN-BAHAN:

1 mug kacang soya
3 mug air
2 senduk gula
1 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1. Rendamkan kacang soya semalaman.

2. Basuh kacang soya yang telah direndam tadi. Masukkan 1/2 ke dalam blender dan tambah 1 1/2 mug air. Blender hingga hancur dan halus. Blend hingga habis.

3. Tapis dengan kain dan perah. (Seeloknya kain jenis napkin - beli yang baru). Tapiskan 2 ke 3 kali.

4. Hasilnya akan menjadi 3 mug pati soya.

5. Untuk membuat air soya: masukkan pati soya tadi ke dalam periuk bersih, tambahkan 4 mug lagi air. Masukkan 2 senduk gula dan daun pandan.

6. Masakkan dengan api kecil, sentiasa dikacau hingga benar-benar mendidih. Buang buihnya. Masak lebih kurang 25 minit.

7. Hasilnya boleh menjadi 2 jag. Sedap diminum panas atau sejuk. (Kalau suka letak ais, tambahkan lagi gula ikut suka).


NOTA:


1. Sediakan semua bahan yang perlu berhampiran kita. eg: mangkuk utk buih, gula, daun pandan dan air secukupnya.


2. Hendaklah sentiasa dikacau...tak boleh buat kerja sambil-sambil nanti soya akan pecah...(pecah soya).


3. Api sentiasa kecil. Masak lebih kurang 30 min kalau kuantiti lebih.


4. Seeloknya bila sudah masak, untuk masukkan ke dalam jag, tapis lagi sekali dengan penapis 'coffee filter'. 


5. Sekiranya mengikut perkara2 ni...Insya Allah, hasilnya menakjubkan.

KUIH KETAYAP

Kuih Ketayap
Inti kelapa


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1 biji telur
Air secukupnya
1 sudu makan minyak kelapa
sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan tepung, telur dan garam. masukkan air sedikit demi sedikit mengikut kecairan yang dikehendaki. Kacau menggunakan whisk.

2. Setelah sebati, tapiskan. Kemudian, masukkan minyak kelapa dan kacau sebati.

3. Panaskan kuali leper, masukkan 1 senduk bancuhan dan nipiskan. 


INTI KELAPA

BAHANNYA:

1/2 biji kelapa parut(Putih sahaja)
1 cawan gula
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu tepung ubi

CARA MEMBUATNYA:

1. Masakkan gula merah, gula dan air hingga mendidih dan pekat sedikit. Tapiskan.

2. Letakkan kelapa dalam kuali, masukkan air gula tadi, daun pandan dikoyak-koyak dan masak guna api yang kecil hingga hampir kering. Sentiasa dikacau. 

3. Akhir sekali masukkan tepung ubi untuk memekatkannya.





TEMPE GORENG

Kali ni resepi simple sangat...senang dan mudah. Dulu hubby saya tak makan tempe, tapi bila saya goreng macam ni...dia la tukang beli tempe dan tukang perabis.

Tempe yang telah digoreng
Tempe yang telah dibubuh kunyit dan garam

BAHAN-BAHAN:

4 keping tempe
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Tempe dikelar-kelar dan potong serong dan nipis.

2. Basahkan sedikit dengan air, tambah garam dan kunyit. Ratakan bahan tersebut.

3. Goreng dengan api sederhana agar tidak hangus.



Ahad, 27 Mac 2011

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



BAHAN-BAHAN:

3 ekor ikan kembung goreng
1 paket taucu
1 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1/2 keping asam keping
sedikit garam
1 sudu makan gula
1/2 cawan air
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiriskan bawang besar, bawang putih, cili dan halia. 

2. Tumiskan bahan hiris hingga naik bau, masukkan taucu, air, gula & asam keping. Biar mendidih baru masukkan ikan goreng. Rasa kemasinannya...sekiranya kurang masin tambah sedikit garam.

3. Biarkan pekat sedikit dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.






Isnin, 21 Mac 2011

KERANG KARI ULALA

    Masakan ni dari zaman saya masih kecil lagi...Arwah embah(nenek) saya masak. Selalu Arwah embah buat waktu bulan puasa.   Masa tu saya selalu temankan dia sebab dia tinggal seorang diri. Bila bangun sahur, masakan inilah yang dia hidangkan. Cukup sempurna dengan nasi panas sahaja. Arwah embah buat kering sikit..ni saya adjust la...tapi rasa tetap sama. Nak resepi nyer?????



BAHAN-BAHAN:

1 kg kerang
2 biji kentang (potong kecil)
1 batang serai
2 sudu besar rempah kari daging Baba's(bancuh dgn air)
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu gula
sedikit asam keping
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
sedikit daun kari 
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA:

1. Kerang dibersihkan dan direbus. Kopek kulitnya. Selepas dikopek dicuci sekali lagi.

2. Gorengkan kentang. Hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Serai diketuk.

3. Panaskan minyak, tumiskan bawang, masukkan rempah kari & daun kari, masak hingga naik minyak dan wangi. 

4. Masukkan kerang, kentang goreng, air, garam, serai, gula dan asam keping. Masak hingga mendidih dan pekat sedikit.
Rasanya lebih manis.

Cuba lah...makan dengan nasi panas...wah! mak mertua lalu pun tak sedar.

PULUT KUNING

Pulut kuning ni saya buat pada 8hb Mac lalu. Harijadi sendiri, buat sendiri ler...Sekarang baru dapat nak n3. Hiasan macam untuk letak kat meja pengantin lak..



BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut
1 sudu serbuk kunyit
1 keping asam keping

1 1/2 biji kelapa (santan yang pekat sahaja)
sedikit garam


CARA MEMBUATNYA:

1.  Rendamkan beras pulut sekurang-kurangnya 3 @ 4 jam bersama kunyit dan asam keping. Air biar melebihi paras beras pulut.

2. Santan kelapa ditambahkan sedikit garam.

3. Panaskan pengukus. Toskan beras pulut. Letakkan ke dalam loyang 3/4 paras loyang. Letakkan santan yang telah dicampur garam ke dalam loyang tadi. Paras santan sama dengan paras beras pulut.

4. Kukus hingga masak. Bila santan dan kering, kaup-balikkan pulut dan kukus sekejap lagi agar beras pulut betul-betul tanak.

Selamat mencuba...

ROTI SOSEJ GULUNG

Resepi dan bahan pun simple jer. Boleh dimakan bila-bila masa. Budak-budak pun boleh membuatnya.


BAHAN-BAHAN:

10 batang sosej
10 keping roti putih
marjerin
telur sebagai pelekat

CARA MEMBUATNYA:

1.   Lenyekkan roti dengan roller hingga padat.

2. Letakkan marjerin pada kuali leper. Masakkan sosej dahulu.

3. Setelah sosej masak, letakkan pada roti tadi dan gulung padat lalu digamkan dengan telur.

4. Letakkan marjerin pada kuali leper, dan masakkan roti tadi. Enak dimakan bersama mayonis dan sos cili.


PUTERI AYU

Dari rositamz(my resepi)...nampaknya serasi la, menjadi jer. 


Acuan bunga tersusun..
Acuan bunga ropol-ropol..
Semasa sesi mengisi adunan
Adunan telah diisi penuh. Tunggu giliran untuk masuk ke dalam pengukus.


Selepas dikukus...sejukkan seketika.


BAHAN-BAHAN:

5 biji telur (saiz kecil)
250 gm tepung gandum
300 gm gula kastor
2 camca teh ovellette
1 camca teh baking powder
259 ml santan
pewarna hijau
2 camca teh paste pandan

1/2 biji kelapa parut(putih sahaja) + sedikit garam halus + sedikit tepung ubi.

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan kukusan.

2.Pukul telur, gula & ovellette hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau sebati.

4. Kelapa gaul sebati dengan bahan lain.

5. Sapukan sedikit minyak pada acuan, letakkan kelapa dan padat-padatkan. Masukkan adunan tadi hingga penuh dan kukus selama 5 minit.

6. Tunggu sejuk sedikit baru keluarkan pada acuan.

Adunan ni boleh jadi dalam 38 biji. Alhamdulillah...habis gak. Ingatkan nak buat 1/2 adunan jer, nampak macam banyak..rupa-rupanya tak sangka  anak2 suka kuih ni...tukang perabis la..apa lagi.

KUIH LAPIS COKLAT

Resepi ni pun saya ambil dari Azita. Tapi, maaf la Azita, saya punya kuih ni macam lembik sikit dan tak berapa cantikkk la. Mungkin lain kali saya kena kurangkan sedikit santan...tapi tak pa sekurang-kurangnya dah mencuba kan..saya cuba pun 1/2 adunan jer..




BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
300 gm tepung gandum
60 gm tepung hoen kwee
360 gm gula
2 biji telur
1500 ml santan (kurangkan sedikit)
secubit garam

Bahan B
50 ml santan
25 gm serbuk koko

sedikit pewarna kuning

(kalau nak guna tepung beras pun boleh ditambahkan sedikit tepung jagung).

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan bahan A kacau hingga sebati, tapiskan.

2. Satukan bahan B kacau sebati, tapiskan.

3. Adunan A dibahagikan kepada 2. 1 bahagian ditambah pewarna kuning. 1 bahagian lagi di tambahkan dengan adunan B.

4. Panaskan pengukus. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak, kukus sebentar. Bila sudah agak panas barulah masukkan lapisan pertama. (sukatan dalam 2 senduk). Kukus setiap lapisan dalam masa 5 minit @ lebih. Lapisan sudah keras baru masukkan lapisan kedua. Buat hingga habis.

5. Yang terakhir sekali kukus lagi dalam 15 - 20 minit.



AYAM GORENG TEPUNG

Resepi dari hubby saya. Bila dia makan ayam goreng kat gerai  Brother Maplee tu, dia rasa sedap...lepas tu dia tanya la apa bahan yang digunakan..jadi resepinya macam ni ler..



BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam (belah 4/5 saja)
1/2  sudu besar rempah kari daging Baba's
sedikit garam
Tepung goreng ayam (dalam kotak)

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ayam. Campurkan ayam dengan sedikit garam dan rempah kari, gaul sebati. Perap dalam 1/2 jam.

2. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.(api sederhana sahaja). Letakkan tepung pada bekas lain dan ambil ayam, gaul-gaulkan seluruhnya dengan tepung. Buat satu persatu. Masukkan ke dalam minyak panas. Tutupkan kuali. Goreng hingga masak dan garing.


Menu ni menjadi menu wajib setiap minggu...cuba lah!!

KEK COKLAT LEMBAB

Resepi ni saya ambil dari Azita Kichen...terima kasih Azita. Memang sedap kek ni. Cuba tengok..dah 3 kali saya buat dengan hiasan yang tak seberapa ni...Anak-anak sangat menyukainya. Ada sedikit la yang saya ubah...

Topping dengan ganache coklat.


BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega/marjerin
300 gm gula kastor
1 camca besar ovellette
4 biji telur

250 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 1/2 camca teh soda bikabornate

1 cawan serbuk koko (diayak)
1 1/2 cawan susu UHT (4 sudu susu tepung + air suam 2 1/2 cawan)
60 gm gula kastor

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul mentega, gula & ovellette hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.

2. Masukkan serbuk koko, susu & gula dalam bekas lain, bancuh & kacau guna whisker dan tapis.

3. Satukan bahan tadi dan masukkan tepung sedikit2 dan kacau sebati. Glis loyang dengan marjerin. Masukkan ke dalam loyang dan bakar 170o C selama 40 minit. Sekiranya tengah belum masak, tambahkan masa. (Pastikan guna fungsi grill bawah dan atas/bawah agar kek masak sekata).


Hiasan ni saya guna ganache coklat & coklat rice.
Yang ini saya guna butter cream.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator