Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 18 Mac 2011

AYAM PERCIK CENDAWAN BUTANG

AYAM PERCIK CENDAWAN BUTANG.


 BAHAN-BAHAN:- (cadangan hidangan untuk 4 orang)

1/2  ekor ayam (dibelah 3)
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 btg serai (dihirs)
3 cwn santan
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar serbuk kari daging Baba's
1/2 sudu kecil serbuk kunyit Baba's
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
7 biji cendawan butang (dalam tin)
sedikit cili padi ( bagi yang suka pedas)
1 biji cili merah (dihiris untuk hiasan)
sedikit gula
sedikit garam  (secukup rasa)
1/2 keping asam gelugor kering
3 sudu besar minyak kelapa.

CARA MEMBUATNYA:-

1. Ayam dibersihkan.

2. Halia, lengkuas, serai, bawang merah, bawang putih, 3 biji cendawan butang dan cili padi diblender hingga hancur. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari, gaul rata.

3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan kesemua bahan tadi hingga naik bau. Masukkan santan, kacau hingga mendidih. Masukkan ayam. Masukkan garam,  gula secukup rasa beserta asam keping. Biarkan ayam betul-betul masak dan sebati.

4. Angkat ayam tersebut dan letakkan ke dalam loyang pembakar. Potongkan tomato dan cendawan ikut kesukaan dan letakkan di atasnya. Taburkan cili merah. Letakkan sedikit kuah di atasnya juga.

5. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 ke 20 minit (lebih).

6. Sementara itu, lebihan kuah di dalam kuali tadi dikeringkan sedikit.

7. Setelah ayam panggang tadi nampak kekuningan, letak lebihan kuah di atasnya.

8. Sedia untuk dihidangkan.

(Sesuai dimakan bersama nasi putih panas atau roti)

SELAMAT MENCUBA RESEPI CIPTAAN SAYA INI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI