Jumaat, 18 Mac 2011

GULAI BENDI

1. GULAI BENDI


BAHAN-BAHAN:

10 Biji bendi
1 biji tomato(belah 6)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci halia
2 1/2 sudu besar rempah kari ikan Baba's
2 cawan santan
1/2 cawan air asam jawa
sedikit daun kari
1 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 sudu minyak masak
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Tumbukkkan bawang merah, putih dan halia.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun kari, bunga lawang, kayu manis, bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air, masak hingga naik minyak.

3. Masukkan bendi, kacau seketika agar lembut sedikit. Masukkan santan, air asam, garam dan asam keping. Kacau supaya tidak pecah minyak hingga masak dan mendidih. Akhir sekali masukkan tomato.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator