Jumaat, 18 Mac 2011

IKAN SELAR GORENG MASAK CILI

IKAN SELAR GORENG MASAK CILI


BAHAN- BAHAN:

3 ekor ikan selar goreng (jenis ikan ikut suka)
6 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam
1 sudu besar gula
sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih. Bawang besar tumbuk kasar sahaja.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga agak kekuningan.  Masukkan air asam, garam dan gula. Masukkan ikan goreng. Biar mendidih dan kuah pekat sedikit.
(Rasanya ada manis, masin dan masam....lengkap semuanya)

SELAMAT MENCUBA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator