Selasa, 29 Mac 2011

AIR SOYA




Resepi ni saya ambil dari akma-4th@myresepi.com. Sukatan saya tukar. Enaknya kalau diminum selalu...berkhasiat lagi. Lain kali dah tak payah beli, terutama bulan puasa....buat sendiri puas...pekat, tak macam yang dijual tu...dah cair.





BAHAN-BAHAN:

1 mug kacang soya
3 mug air
2 senduk gula
1 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA:

1. Rendamkan kacang soya semalaman.

2. Basuh kacang soya yang telah direndam tadi. Masukkan 1/2 ke dalam blender dan tambah 1 1/2 mug air. Blender hingga hancur dan halus. Blend hingga habis.

3. Tapis dengan kain dan perah. (Seeloknya kain jenis napkin - beli yang baru). Tapiskan 2 ke 3 kali.

4. Hasilnya akan menjadi 3 mug pati soya.

5. Untuk membuat air soya: masukkan pati soya tadi ke dalam periuk bersih, tambahkan 4 mug lagi air. Masukkan 2 senduk gula dan daun pandan.

6. Masakkan dengan api kecil, sentiasa dikacau hingga benar-benar mendidih. Buang buihnya. Masak lebih kurang 25 minit.

7. Hasilnya boleh menjadi 2 jag. Sedap diminum panas atau sejuk. (Kalau suka letak ais, tambahkan lagi gula ikut suka).


NOTA:


1. Sediakan semua bahan yang perlu berhampiran kita. eg: mangkuk utk buih, gula, daun pandan dan air secukupnya.


2. Hendaklah sentiasa dikacau...tak boleh buat kerja sambil-sambil nanti soya akan pecah...(pecah soya).


3. Api sentiasa kecil. Masak lebih kurang 30 min kalau kuantiti lebih.


4. Seeloknya bila sudah masak, untuk masukkan ke dalam jag, tapis lagi sekali dengan penapis 'coffee filter'. 


5. Sekiranya mengikut perkara2 ni...Insya Allah, hasilnya menakjubkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator