Jumaat, 18 Mac 2011

DAGING MASAK SUP SIAM

DAGING MASAK SUP SIAM


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging (potong kecil dan nipis)
1 biji kentang
1 biji karot
5 biji kacang buncis
1 biji bawang besar kuning (dihiris kasar)
3 ulas bawang putih
1 sm halia
4 biji cili padi
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 paket rempah sup siam Adabi
Bawang goreng
Daun sup
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

1. Rebus daging hingga lembut.

2. Kentang, karot dan kacang buncis potong ikut suka.

3. Bawang putih dan halia ditumbuk. Cili padi diketuk saja.

4. Tumis bahan tumbuk menggunakan sedikit minyak sahaja. Masukkan kayu manis, bunga lawang hingga naik bau. Masukkan air dan kentang. Biar kentang hampir empuk. Bila daging sudah lembut masukkan kesemuanya ke dalam bekas masakan kentang tadi.

5. Masukkan karot, rempah sup, reneh sampai sebati dan mesra. Tambah garam dan masukkan bawang dan cili padi.

6. Hias dengan bawang goreng dan daun sup.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator