Jumaat, 18 Mac 2011

NASI AYAM

1. NASI AYAM


BAHAN-BAHAN:

Untuk Ayam

1/2 ekor ayam (Potong ikut suka)
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih 
sedikit garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Caranya:

1. Blenderkan kesemua bahan dan perapkan pada ayam tadi selama 1/2 jam.
2. Goreng seperti biasa.

Untuk Nasi

3 cawan beras
1/2 inci halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 helai daun pandan
sedikit garam
2 sudu marjerin (minyak masak)
6 cawan air rebusan ayam (bergantung kepada beras, sekiranya takut lembik kurangkan air)

Caranya:

1. Blenderkan bahan-bahan seperti halia, bawang putih, bawang besar hingga hancur. Panaskan marjerin di dalam periuk nasi.

2. Masukkan daun pandan terlebih dahulu hingga wangi, bunga lawang dan kayu manis..diikuti dengan  bahan yang diblender. Masak hingga naik bau.

3. Masukkan beras, kacau sebentar, dan masukkan air rebusan ayam. Tambah garam.

4. Apabila hampir kering, kacau kaup-balik sebentar. Biar hingga masak dan betul-betul tanak.


Nota:
1. Kuah sup, cili dan kuah kicap - seperti biasa.
2. Masakan ayam berbeza kerana cara biasa seperti yang dijual di restoran tidak mendapat sambutan dari anak-anak. Anak-anak lebih suka cara sebegini....makan sampai licin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator