Jumaat, 22 April 2011

RENDANG DAGING

Seperti yang dinyatakan...inilah rendang daging versi saya..


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo daging lembu
1 mangkuk santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili giling
2 batang serai
seketul lengkuas
sedikit halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
gula secukupnya
garam secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis
sedikit asam keping
daun limau purut

CARA MEMBUATNYA:

1. Hiris daging nipis-nipis.

2. Hiriskan serai, halia, lengkuas, bawang putih dan bawang merah dan blendkan kesemuanya hingga hancur.

3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender tadi, cili dan rempah kari. Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan air secukupnya untuk melembutkan daging.

4. Sekiranya daging lambat lembut (empuk) tambahkan air lagi. Proses ini bergantung kepada bahagian daging. Ada daging yang mengambil masa lama untuk lembut...

5. Sekiranya daging hampir lembut, masukkan santan, garam, gula, kerisik, kayu manis, bunga lawang dan asam keping. Masakan rendang ini biasanya agak manis sedikit. Akhir sekali sekiranya hampir kering masukkan daun limau purut yang telah diracik halus. Selamat Mencuba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI

Body Mass Index Calculator