Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Khamis, 5 Mei 2011

KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP


Assalamualaikum...Ini pun rentetan dari kisah pisang setandan....tengah duduk2 teringat kat pisang ranum kat dapur...apa nak buat..apam sudah, cupcakes sudah, kek pun sudah....cekodok pun sudah...fikir punya fikir dapat 1 idea..nak buat kek pisang ni yang boleh menarik minat anak untuk makan bersama...jadi,...inilah hasilnya "KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP". Resepi asal dari HaSue..myresepi...terima kasih di atas resepi asas yang mudah ini yang telah diolah..jangan mare yer. Dah entry juga kat myresepi. Meh la cuba.....


Bahan-bahan ( Acuan 8" x 8" )

  • 2 cawan pisang masak ranum yang telah dilenyek (pisang awak + berangan)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak kelapa
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonate
  • sedikit esen vanila
  • Pewarna merah & hijau
  • coklat cip secukupnya

Cara-cara

1. Pisang dilenyek, tepung dan bicarbonate diayak.

2. Blendkan gula, telur, esen vanila dan minyak hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam mangkuk pisang berselang-seli dengan tepung. Gaul rata dengan menggunakan spatula sahaja.

3. Lapikkan lapisan bawah loyang dengan kertas dan gliskan loyang dengan minyak. Adunan tadi di bahagi kepada 3 dan warnakan. 1 bahagian warna asal. 

4. Masukkan 1 bahagian warna asal ke dalam loyang, ratakan dan taburkan coklat cip. Bakar selama lebih kurang 4 min (180 o C)..bergantung kepada oven masing-masing.  

5. Keluarkan loyang, masukkan lapisan kedua, taburkan coklat cip. Masa bakar sama.

6. Keluarkan loyang dan masukkan lapisan seterusnya. Taburkan coklat cip. Bakar lebih masa sedikit (lebih kurang 20 min) hingga betul-betul masak.


7. Bila dah masak..macam ni la hasilnya. Sejukkan dahulu baru dipotong. Selamat mencuba.


 Inilah hasilnya....selamat mencuba.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    KONGSI RESEPI