Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Selasa, 10 Mei 2011

CUPCAKE PISANG BERCOKLAT

Assalamualaikum...ni adalah kesinambungan dari kisah pisang setandan....aku buat cupcakes pisang bercoklat khusus untuk anak-anakku yang selama ini tidak minat makan kek pisang. Resepi asal aku ambil dari My resepi milik HaSue...Aku suka resepi dia ni sebab bahannya ringkas dan penggunaan telur yang sedikit. Terima kasih HaSue. HaSue...maaf la ye ubahsuai sikit jer...






BAHAN-BAHAN:

Pisang awak yang masak ranum (sukatan paras atas pemegang blender)
1 cawan gula (guna 3/4 cawan)
1 cawan minyak kelapa
2 biji telur
2 gelas tepung gandum (guna 2 3/4 cawan)
1 sudu makan soda bikarbonat
sedikit esen vanila(tambah sendiri)

Coklat chip dan coklat masakan dihiris)
Cawan kertas

CARA MEMBUATNYA:

1. Pisang hendaklah yang masak ranum...lenyekkan jer. HaSue guna blender..aku suka lenyek sebab pisang tak hancur sangat.

2. Ayak tepung dan soda bikarbonat.

3. Masukkan gula, telur, minyak dan esen vanila ke dalam blender, blend hingga kembang. Masukkan kedalam bekas pisang berselang-seli dengan tepung. Kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan spatula. Masukkan coklat cip dan hirisan coklat. Kacau sebati. Sukatan ikut suka.

4. Panaskan oven, 180 oC. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 15 - 20 minit.

Bila aku buat kek pisang macam ni...hahhh..baru la anak-anak aku makan...siap tunggu lagi...kena cari macam2 idea untuk tarik minat anak-anak ni yer...


APAM PISANG

Assalamualaikun..balik kg, adik ipar aku ni rajin ke kebun mencari apa yang ada...Alhamdulillah..dapat la pisang 2, 3 tandan. Aku bawa la balik pisang awak ni setandan...apa lagi bila pisang dah masak....serentak pulak tu...Sebenarnya aku tak suka goreng pisang...dah jemu dan dah biasa sangat, lagipun berminyak la...ni gara-gara nak kurangkan kolesterol la ni..he3...

Aku mula la mencari resepi  berasaskan pisang, kat blog rakan-rakan dan my resepi. Hai..bayangkan pisang setandan...banyak ni...resepi pertama ni Apam Pisang. Aku ambil resepi ni dari Kak Fida, My resepi. Terima kasih Kak Fida.....meh kita jenguk resepinya..



BAHAN-BAHAN:

1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula ( guna 3/4 cawan shj)
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil bikarbonat
4 sudu besar susu cair

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak tepung dan bikarbonat.

2. Gula, pisang dan  susu cair dikacau sebati dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.

3. Panaskan pengukus, lenserkan minyak pada acuan cawan, panaskan seketika dalam pengukus.

4. Kemudian, masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus dalam 20 minit.

Aku buat dua adunan...boleh jadi dalam 33 biji apam. Puas la makan...sampai esoknya..Gula sengaja aku kurangkan sebab biasalah yer..kurangkan manis dalam makanan tapi tambahkan manis pada senyuman....


Jumaat, 6 Mei 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...apa khabar kawan2 semua...sesiapa yang membuka blog ni..sudi2kanlah menjadi follower yer. Bukan apa-apa..cuma kita boleh berkongsi ilmu tentang masakan ni...

Hari ini nak masukkan resepi Mee Kari. Makanan kesukaan saya dan keluarga. Dah makan mee ni tak payah nak fikir pasal nasi lagi...cukup kenyang...tambah-tambah lagi bila kuahnya panas...

Mee Kari


BAHAN-BAHAN:

1 kg Mee kuning
Mee kuning dibasuh dan dicelur kemudian ditoskan.

Sukatan bergantung, tetapi mengikut pengalaman memasak ni..kalau sekilo mee boleh dimakan oleh 5 orang dewasa.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

Tauge dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Fishball
Fishcake
Limau kasturi
Cili padi/cili merah
Timun dihiris panjang
Tomato potong kiub (buang tengahnya)
Bawang goreng
Daun bawang/daun sup hiris halus


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 ekor ayam (potong kecil)
5 sudu besar rempah kari daging Baba's
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari 
sedikit asam keping
garam secukupnya
1 mangkuk besar santan pekat
1 mangkuk besar air
minyak untuk menumis
10 biji fishball
2 keping fishcake (dipotong)

CARA MEMBUATNYA:

1. Bawang besar, putih dan halia diblender hancur. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai. Tumiskan bahan blend, kayu manis, bunga lawang, daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari, masak hingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan ayam dan sedikit air, biar sehingga ayam lembut dan mendidih.  Masukkan santan pekat dan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Tambahkan garam secukupnya, masukkan fishball dan fishcake. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan sehingga mendidih.

ok..apa tunggu lagi....


Khamis, 5 Mei 2011

KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP


Assalamualaikum...Ini pun rentetan dari kisah pisang setandan....tengah duduk2 teringat kat pisang ranum kat dapur...apa nak buat..apam sudah, cupcakes sudah, kek pun sudah....cekodok pun sudah...fikir punya fikir dapat 1 idea..nak buat kek pisang ni yang boleh menarik minat anak untuk makan bersama...jadi,...inilah hasilnya "KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP". Resepi asal dari HaSue..myresepi...terima kasih di atas resepi asas yang mudah ini yang telah diolah..jangan mare yer. Dah entry juga kat myresepi. Meh la cuba.....


Bahan-bahan ( Acuan 8" x 8" )

  • 2 cawan pisang masak ranum yang telah dilenyek (pisang awak + berangan)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak kelapa
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonate
  • sedikit esen vanila
  • Pewarna merah & hijau
  • coklat cip secukupnya

Cara-cara

1. Pisang dilenyek, tepung dan bicarbonate diayak.

2. Blendkan gula, telur, esen vanila dan minyak hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam mangkuk pisang berselang-seli dengan tepung. Gaul rata dengan menggunakan spatula sahaja.

3. Lapikkan lapisan bawah loyang dengan kertas dan gliskan loyang dengan minyak. Adunan tadi di bahagi kepada 3 dan warnakan. 1 bahagian warna asal. 

4. Masukkan 1 bahagian warna asal ke dalam loyang, ratakan dan taburkan coklat cip. Bakar selama lebih kurang 4 min (180 o C)..bergantung kepada oven masing-masing.  

5. Keluarkan loyang, masukkan lapisan kedua, taburkan coklat cip. Masa bakar sama.

6. Keluarkan loyang dan masukkan lapisan seterusnya. Taburkan coklat cip. Bakar lebih masa sedikit (lebih kurang 20 min) hingga betul-betul masak.


7. Bila dah masak..macam ni la hasilnya. Sejukkan dahulu baru dipotong. Selamat mencuba.


 Inilah hasilnya....selamat mencuba.

    Jumaat, 29 April 2011

    IKAN BILIS TIGA RASA





    Bahan-bahan (hidangan untuk 5 orang) 

    • 1 cawan ikan bilis kopek
    • 1 biji bawang besar
    • 1 biji cili merah
    • 8 biji cili padi
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • 1 1/2 sudu makan gula
    • sedikit garam
    • minyak untuk menggoreng

    Cara-cara

    1. Basuhkan ikan bilis, toskan dan goreng hingga garing. Minyak jangan terlalu banyak kerana minyak gorengan itu boleh digunakan untuk menumis. Sesudah garing angkat dan letak di dalam mangkuk.
    2. Hiriskan cili nipis-nipis, bawang besar dan bawang putih. Tumiskankan hingga naik bau.
    3. Masukkan air asam, gula dan sedikit garam sahaja. Bagi memastikan tidak masin (ada jenis ikan bilis masin), garam ditambahkan kemudian).
    4. Biar kuah pekat sedikit dan rasa yang cukup, tuangkan kuah tersebut pada ikan bilis. Sedia untuk dihidang.


    Sedap dimakan bersama nasi putih....perghhhh..terliur.

    Jumaat, 22 April 2011

    SAYUR CAMPUR

    Antara menu kegemaran saya...sebab saya memang suka makan sayur. Tapi..tak tau la kenapa anak-anak sekarang tak suka makan sayur...masak satu mangkuk..sikit pun dia orang tak sentuh. Dari yang si sulong sampai la yang si bongsu ni....tapi anak yang no 2..ada gak la makan sikit....tengok jenis sayur. Kalau masak macam ni dia makan...



    BAHAN-BAHAN:

    1/2 batang karot
    3 helai kobis
    4 batang kacang panjang
    sedikit kobis bunga
    4 ekor udang besar (potong kecil)
    1/2 biji bawang besar
    1 biji cili merah
    2 ulas bawang putih
    2 sudu makan sos tiram
    sedikit gula
    sedikit garam
    sedikit air
    minyak untuk menumis

    CARA MEMBUATNYA:

    1. Potong kacang panjang, kobis, kobis bunga dan  karot ikut suka.

    2. Hiris bawang besar dan cili merah. Bawang putih diketuk dan dimayang.

    3. Panaskan minyak, masukkan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah dan cili merah. masukkan udang. Kemudia, masukkan karot dan sedikit air. Kacau seketika, masukkan kacang panjang, kobis dan kobis bunga.

    4. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sebati dan angkat. 

    CEKODOK IKAN BILIS

    Cekodok ni biasanya kita makan semasa minum petang...memang menjadi kegemaran semua orang. Selain cara membuatnya mudah, ianya dimakan semasa panas bersama teh o dan dicicah la pula dengan cili sos...perrgghhh..memang mengancam.


    BAHAN-BAHAN:

    3 cawan tepung gandum
    1 biji bawang besar
    1/4 cawan ikan bilis
    1/2 cawan tauge
    sedikit daun kucai
    sedikit garam
    sedikit serbuk kunyit(Kalau suka)
    air secukupnya
    minyak untuk menggoreng

    CARA MEMBUATNYA:

    1. Hiris bawang besar nipis-nipis. Tumbukkan ikan bilis. Potong daun kucai.

    2. Satukan kesemua bahan. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang sedang-sedang je...

    3. Panaskan minyak, masukkan sejemput demi sejemput. Masak hingga habis. Pastikan semasa memasukkan adunan, minyak tidak terlalu panas (pandai kawal api). Baru hasilnya cantik dan rangup.

    Selamat mencuba.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    KONGSI RESEPI