Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Isnin, 23 Mei 2011

MEE SUP

Wah!....Assalamualaikum semua...sedapnya makan mee sup panas-panas ni...berpeluh.  Kalau potongkan cili padi lagi la bertambah panas.....berapiiiii........Alamak..gambar kuah sup terlupa nak snap  ler.....lupa lakkkkk...

Untuk bahan-bahan tambahan tu agak-agak la yer....rasanya aku nyatakan resepi kuah sup dan sambal kicap jer la...yang lain-lain senang jer...orait, mari turun ke bawah.....

Siap untuk dimakan...Bismillahirrahmanirrahim.


Mee kuning dicelur seketika.


Bahan-bahan tambahan dan sambal kicap.


BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

7 biji cili padi
4 sudu kicap manis

CARA:

1. Tumbukkan cili padi hingga hancur dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan kicap. Kacau sebati. Siap dihidangkan.


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH SUP:

1/2 ekor ayam (campurkan isi dan bahagian tulang pun takpa)
1 bungkus sup bunjut
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit halia
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 kiub pati ayam
Tumbukkan sedikit lada hitam
sedikit garam
air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
daun sup
bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk seperti halia, bawang putih dan bawang merah, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukkan kesemua bahan dengan air yang mencukupi. Reneh hingga masak sempurna. Cukupkan rasanya. Sediakan mangkuk hidangan mee sup. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup.

Selamat mencuba.


IKAN KEMBUNG MASAK ASAM

Assalamualaikum....Lauk hari ini Ikan Kembung Masak Asam...menu yang simple dan menyegarkan. Nak hirup kuah saje pun boleh...ibarat hirup sup.


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan kembung
6 biji bendi 
1 biji tomato
1 batang serai
1 keping asam keping
1/2 sudu cili giling
sedikit halia
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ikan dan ketepikan.

2. Halia, bawang putih, bawang besar ditumbuk dan serai diketuk.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk, cili giling dan serai hingga naik bau. Masukkan ikan, bendi dan air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan garam, asam keping dan tomato...bila cukup rasanya, angkat dan hidangkan. Sangat menyelerakan.


Sabtu, 21 Mei 2011

ROTI SANDWICH SARDIN

Assalamualaikum....teringin nak makan roti sandwich...kebetulan petang tadi masak lauk sardin jer..ada lebih ni buat la...yang seronok ni kalau buat sandwich, 1 loaf roti yg besar ni boleh habis.

Ini versi untuk saya...suka letak timun dan tomato banyak-banyak. Sayangnya, salad takda stok....kalau ada dah bubuh sekali. I luv it....

Yang ini versi untuk anak-anak, suka plain jer.. tanpa sayur.

BAHAN-BAHAN:

1 buku roti (brand ikut suka)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin sardin makeral (cap ayam size sedang)
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar mayonis
1/4 cawan air asam
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Siapkan inti dahulu...bawang besar dan bawang putih dimayang kecil-kecil.

2. Tumiskan bawang dan cili giling hingga masak dan naik bau. Masukkan sardin bersama sosnya sekali, hancurkan dalam kuali sahaja. Masukkan air asam dan garam secukupnya. Biarkan agak kering sedikit. Siap dan letakkan di dalam mangkuk. Sejukkan.

3. Bila agak sejuk sedikit, masukkan mayonis dan kacau sebati.

4. Sediakan roti, sapukan dengan inti tadi ikut suka. Lapiskan dengan sekeping roti lagi. Kemudian, potong bahagian tepi dan potong dua berbentuk tiga segi. Buat hingga habis. kalau suka letak bahan-bahan lain pun boleh. Senangkan.......



Jumaat, 20 Mei 2011

NASI GORENG AYAM

Ni special sikit nasi nih...kalau datang rajinnya, masa agak terluang...Alhamdulillah la...semangat masak pun kuat..kat dapur tu ada nasi lebih ha....tarrrraaaaa.....keluar lah Nasi goreng ni...meh kita tengok macammana nak buat...




BAHAN-BAHAN: (Untuk 2 orang )

1 pinggan nasi sejuk
1 ketul ayam goreng(bahagian isi saja)
1 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
3 biji cili padi
1/2 sudu cili giling
sedikit ikan bilis
garam secukupnya
1 biji telur
Minyak untuk menumis

Hiasan:
Timun
Tomato
2 biji telur goreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Tumbukkan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Cili padi diketuk.

2. Ayam disiat-siat sahaja.

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk, dan cili giling hingga masak, masukkan ayam. Biar mesra seketika, baru masukkan nasi, garam secukupnya dan kacau. Buat lubang ditengah-tengah...pecahkan telur, biar masak sedikit kemudian gaulkan dengan nasi hingga sekata dan masak. Setelah masak angkat dan hidangkan.

4. Hiaskan ikut suka.

BAHAN UNTUK SUP KOSONG

1 mangkuk besar air
1/2 kiub pati ikan bilis
kayu manis
bunga lawang
1 ulas bawang putih diketuk
sedikit garam
sedikit minyak
sedikit daun sup dan bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Tumiskan bawang putih, kayu manis dan bunga lawang, masukkan air biar mendidih. Masukkan kiub pati ikan bilis. Sedikit garam ditambah jika kurang rasa.

3. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.



MEE HAILAM

Assalamualaikum...Mee Hailam versiku...simple jer main campak-campak...tapi Alhamdulillah...dapat pujian lak dari anak-anakku..


BAHAN-BAHAN:

1 paket mee kuning
2 keping tauhu
1 paket fisball
1 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 dahan sawi
3 helai kobis
1 mangkuk kecil ayam
3 sudu makan cili sos
4 sudu makan kicap manis
1 1/2 sudu cili giling
sedikit ikan bilis
air secukupnya(kalau suka lebih kuah, maka lebihkan air)
minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:

1. Mee dicelur sekejap dan toskan.

2. Bawang putih diketuk. Bawang merah dan ikan bilis ditumbuk. Cili dihiris. Sayur-sayuran dipotong ikut suka. Tauhu dan fishbal dipotong. Ayam dipotong kecil.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bahan tumbuk dan cili giling hingga masak dan naik bau..masukkan tauhu, fishball dan ayam. Biar garing seketika. Masukkan air secukupnya, cili sos, kicap dan  biarkan mendidih. Masukkan sayuran tadi.

4. Sekejap saja....masukkan cili merah, mee, kacau, suaikan rasanya dan angkat. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan cili padi...puhhhhh...

Selamat mencuba.

CUCUR TAUHU

Ini untuk minuman petang....sambil wedang2 tu..pekena la cekodok ni..cicahkan dengan sos atau kalau ada kuah sate lebih pun boleh...



BAHAN-BAHAN:

1 keping tauhu
sedikit taugeh
sedikit daun kucai
1 biji bawang besar
sedikit ikan bilis
3 cawan tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit 
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Sediakan bekas yang sesuai, ramaskan tauhu, masukkan daun kucai yang telah dipotong, taugeh, ikan bilis yang telah ditumbuk, bawang besar yang telah dihiris, tepung gandum, serbuk kunyit dan garam.

2. Masukkan air sedikit-sedikit hingga menjadi adunan yang sesuai.(tidak terlalu pekat atau terlalu cair).

3. Panaskan minyak dalam kuali, jemputkan. Masak hingga garing. 

Selamat mencuba....

KERANG MASAK LEMAK

Assalamualaikum...hari ini aku nak entry banyak gambar-gambar dan resepi yg tertangguh....Ingat surirumah ni banyak la masa terluang, tapi...tengoklah..sibuknya 24 jam..Menu kali ni Kerang masak Lemak...ini ala-ala siput sedut masak lemak la ni...



BAHAN-BAHAN:

1 kg kerang
1 batang serai
1 biji bawang besar (sedang)
1 biji cili merah
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 mangkuk besar santan (1 biji kelapa)
sedikit garam
sedikit asam keping
sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun bawang

CARA MEMBUATNYA:

1.Bersihkan kerang dan rebus. Bila sudah masak, buang airnya dan basuh lagi.

2. Hiriskan semua cili, halia dan bawang, Serai diketuk.

3. Masukkan kerang kedalam kuali @ periuk yang sesuai. Masukkan kesemua bahan, garam secukupnya dan santan.

4. Masak menggunakan api yang sederhana dan sentiasa dikacau sehingga betul-betul mendidih. Akhirnya sekali masukkan daun bawang. Ha....senangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI