Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Rabu, 11 Mei 2011

CEKODOK PISANG

Resepi simple untuk minum petang....seminggu ni asyik menu pisang jer. Selagi tak habis pisang ni tak best gak nak buat yang lain...sayangkan,  pisang sekarang harga pun mahal...ini dah dapat percuma manfaatkan jer la...lagi la hasil titik peluh ayah sendiri...terima kasih ayahku...rezeki anak cucu...




BAHAN-BAHAN:

2 cawan pisang lenyek(pisang awak)
1/2 cawan gula
5 cawan tepung naik sendiri
sedikit garam
air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Pisang dilenyek. Tambahkan gula dan garam. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambah air hingga menjadi adunan lembut.

2. Panaskan minyak. Jemputkan dan goreng hingga garing.



PUDING PISANG PELANGI

Assalamualaikum...masih ada lagi pisang lenyek ni dalam peti ais, penangan pisang setandan....belek punya belek resepi ni...teringat nak buat puding. Ubah sikit la...macammana kalau bubuh pisang...he3..otak ni asyik nak ubahsuai aje kerjanya...Resepi asal puding ni dari Azita Kitchen...tq Azita. First try ni...tak pernah buat puding.

Macammana....cantik tak?

Ni yang dah dipotong...simpan dalam peti ais...sedap makan sejuk2.

Mari kita tengok resepinya....

BAHAN-BAHAN:

10 gm serbuk agar-agar
650 air
1/2 cawan pisang lenyek (tambah)
60 gm mentega (guna 2 sudu makan marjerin)
1/2 tin susu cair (guna 2 sudu makan susu pekat + 1 cawan air panas)
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
pewarna merah, kuning dan hijau

CARA MEMBUATNYA:

1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur dan mendidih.

2. Masukkan telur, tepung kastad, pisang, esen vanila dan bancuhan susu kedalam blender..blend hingga kembang.

3. Satukan adunan blend ke dalam adunan agar-agar. Masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau menggunakan whisk.

4. Angkat dan tapiskan. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan. Buat dengan cepat.

5. Sediakan bekas sesuai...tinggikan sebahagiannya dan sudukan adunan selapis demi selapis hingga habis. (3 sudu makan setiap warna).

6. Bila sudah siap, letakkan bekas pada kedudukan yang betul. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais.

Selasa, 10 Mei 2011

KEK PISANG BERCOKLAT

Tadaaaaaa....ini kek pisang bercoklat versi malas....sebab malas nak buat kecil2, jadi letak je la dalam loyang besar sikit...resepi sama dengan cupcakes pisang bercoklat yer...




Niii la, kerana pisang setandan...kiranya nak menghabiskan pisang ni aku kenalah buat bermacam-macam menu...aku buat gak kolak pisang..tu tak sempat la snap foto...habis sebab aku buat sikit..aku makan seorang jer tu. Anak-anak aku tak suka nak makan.

CUPCAKE PISANG BERCOKLAT

Assalamualaikum...ni adalah kesinambungan dari kisah pisang setandan....aku buat cupcakes pisang bercoklat khusus untuk anak-anakku yang selama ini tidak minat makan kek pisang. Resepi asal aku ambil dari My resepi milik HaSue...Aku suka resepi dia ni sebab bahannya ringkas dan penggunaan telur yang sedikit. Terima kasih HaSue. HaSue...maaf la ye ubahsuai sikit jer...






BAHAN-BAHAN:

Pisang awak yang masak ranum (sukatan paras atas pemegang blender)
1 cawan gula (guna 3/4 cawan)
1 cawan minyak kelapa
2 biji telur
2 gelas tepung gandum (guna 2 3/4 cawan)
1 sudu makan soda bikarbonat
sedikit esen vanila(tambah sendiri)

Coklat chip dan coklat masakan dihiris)
Cawan kertas

CARA MEMBUATNYA:

1. Pisang hendaklah yang masak ranum...lenyekkan jer. HaSue guna blender..aku suka lenyek sebab pisang tak hancur sangat.

2. Ayak tepung dan soda bikarbonat.

3. Masukkan gula, telur, minyak dan esen vanila ke dalam blender, blend hingga kembang. Masukkan kedalam bekas pisang berselang-seli dengan tepung. Kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan spatula. Masukkan coklat cip dan hirisan coklat. Kacau sebati. Sukatan ikut suka.

4. Panaskan oven, 180 oC. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 15 - 20 minit.

Bila aku buat kek pisang macam ni...hahhh..baru la anak-anak aku makan...siap tunggu lagi...kena cari macam2 idea untuk tarik minat anak-anak ni yer...


APAM PISANG

Assalamualaikun..balik kg, adik ipar aku ni rajin ke kebun mencari apa yang ada...Alhamdulillah..dapat la pisang 2, 3 tandan. Aku bawa la balik pisang awak ni setandan...apa lagi bila pisang dah masak....serentak pulak tu...Sebenarnya aku tak suka goreng pisang...dah jemu dan dah biasa sangat, lagipun berminyak la...ni gara-gara nak kurangkan kolesterol la ni..he3...

Aku mula la mencari resepi  berasaskan pisang, kat blog rakan-rakan dan my resepi. Hai..bayangkan pisang setandan...banyak ni...resepi pertama ni Apam Pisang. Aku ambil resepi ni dari Kak Fida, My resepi. Terima kasih Kak Fida.....meh kita jenguk resepinya..



BAHAN-BAHAN:

1 cawan pisang lenyek
1 cawan gula ( guna 3/4 cawan shj)
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil bikarbonat
4 sudu besar susu cair

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak tepung dan bikarbonat.

2. Gula, pisang dan  susu cair dikacau sebati dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.

3. Panaskan pengukus, lenserkan minyak pada acuan cawan, panaskan seketika dalam pengukus.

4. Kemudian, masukkan adunan 3/4 penuh. Kukus dalam 20 minit.

Aku buat dua adunan...boleh jadi dalam 33 biji apam. Puas la makan...sampai esoknya..Gula sengaja aku kurangkan sebab biasalah yer..kurangkan manis dalam makanan tapi tambahkan manis pada senyuman....


Jumaat, 6 Mei 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...apa khabar kawan2 semua...sesiapa yang membuka blog ni..sudi2kanlah menjadi follower yer. Bukan apa-apa..cuma kita boleh berkongsi ilmu tentang masakan ni...

Hari ini nak masukkan resepi Mee Kari. Makanan kesukaan saya dan keluarga. Dah makan mee ni tak payah nak fikir pasal nasi lagi...cukup kenyang...tambah-tambah lagi bila kuahnya panas...

Mee Kari


BAHAN-BAHAN:

1 kg Mee kuning
Mee kuning dibasuh dan dicelur kemudian ditoskan.

Sukatan bergantung, tetapi mengikut pengalaman memasak ni..kalau sekilo mee boleh dimakan oleh 5 orang dewasa.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

Tauge dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Fishball
Fishcake
Limau kasturi
Cili padi/cili merah
Timun dihiris panjang
Tomato potong kiub (buang tengahnya)
Bawang goreng
Daun bawang/daun sup hiris halus


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 ekor ayam (potong kecil)
5 sudu besar rempah kari daging Baba's
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari 
sedikit asam keping
garam secukupnya
1 mangkuk besar santan pekat
1 mangkuk besar air
minyak untuk menumis
10 biji fishball
2 keping fishcake (dipotong)

CARA MEMBUATNYA:

1. Bawang besar, putih dan halia diblender hancur. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air.

2. Panaskan minyak di dalam periuk yang sesuai. Tumiskan bahan blend, kayu manis, bunga lawang, daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah kari, masak hingga wangi dan naik minyak.

3. Masukkan ayam dan sedikit air, biar sehingga ayam lembut dan mendidih.  Masukkan santan pekat dan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Tambahkan garam secukupnya, masukkan fishball dan fishcake. Sentiasa dikacau agar tidak pecah santan sehingga mendidih.

ok..apa tunggu lagi....


Khamis, 5 Mei 2011

KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP


Assalamualaikum...Ini pun rentetan dari kisah pisang setandan....tengah duduk2 teringat kat pisang ranum kat dapur...apa nak buat..apam sudah, cupcakes sudah, kek pun sudah....cekodok pun sudah...fikir punya fikir dapat 1 idea..nak buat kek pisang ni yang boleh menarik minat anak untuk makan bersama...jadi,...inilah hasilnya "KEK PISANG LAPIS COKLAT CIP". Resepi asal dari HaSue..myresepi...terima kasih di atas resepi asas yang mudah ini yang telah diolah..jangan mare yer. Dah entry juga kat myresepi. Meh la cuba.....


Bahan-bahan ( Acuan 8" x 8" )

  • 2 cawan pisang masak ranum yang telah dilenyek (pisang awak + berangan)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan minyak kelapa
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonate
  • sedikit esen vanila
  • Pewarna merah & hijau
  • coklat cip secukupnya

Cara-cara

1. Pisang dilenyek, tepung dan bicarbonate diayak.

2. Blendkan gula, telur, esen vanila dan minyak hingga kembang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit kedalam mangkuk pisang berselang-seli dengan tepung. Gaul rata dengan menggunakan spatula sahaja.

3. Lapikkan lapisan bawah loyang dengan kertas dan gliskan loyang dengan minyak. Adunan tadi di bahagi kepada 3 dan warnakan. 1 bahagian warna asal. 

4. Masukkan 1 bahagian warna asal ke dalam loyang, ratakan dan taburkan coklat cip. Bakar selama lebih kurang 4 min (180 o C)..bergantung kepada oven masing-masing.  

5. Keluarkan loyang, masukkan lapisan kedua, taburkan coklat cip. Masa bakar sama.

6. Keluarkan loyang dan masukkan lapisan seterusnya. Taburkan coklat cip. Bakar lebih masa sedikit (lebih kurang 20 min) hingga betul-betul masak.


7. Bila dah masak..macam ni la hasilnya. Sejukkan dahulu baru dipotong. Selamat mencuba.


 Inilah hasilnya....selamat mencuba.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    KONGSI RESEPI