Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Rabu, 8 Jun 2011

PECAL SAYURAN

Ni untuk penggemar sayuran macam saya...tak payah makan nasi pun tak apa. Mudah dan ringkas jer penyediaannya. 

Siap sedia untuk dimakan.


BAHAN-BAHAN SAYURAN:

Taugeh
kacang panjang
 1 ikat kangkung
4 keping tauhu di goreng
1 biji timun
1/2 biji sengkuang

Sukatan bergantung kepada anda...kalau ada tempe goreng pun sedap juga. Malangnya masa saya buat ni tempe tak ada stok kat kedai...


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1/2 kilo kacang tanah
6 batang cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 cawan air asam
5 biji buah cekur
 sedikit belacan
gula secukupnya
garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang sedikit hingga masak. Blend kering hingga hancur. Jangan terlalu hancur la yer...kasar-kasar sikit pun tak apa.

2. Cili kering, bawang merah, bawang putih, buah cekur dan belacan digoreng juga manggunakan minyak yang sedikit. Kemudian diblend hingga hancur.

3. Kesemua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan tambahkan air mengikut kepekatan yang dimahukan. Tambah garam dan gula serta air asam. Biarkan rasanya agak manis dan cukup rasa garam dan asamnya. Didihkan dan boleh lah dihidangkan.

Sesetengah orang buat tak perlu dididihkan, terus sahaja bancuh dengan air panas. Tapi saya suka dimasak agar lebih tahan lama. Selamat mencuba.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI