Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Selasa, 31 Januari 2012

MEE GORENG BASAH


Makan petang...kalau rasa-rasa malas nak makan nasi..mee ni cukup mengenyangkan.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (dicelur seketika)
1 mangkuk kecil isi ayam/udang/daging
sedikit karot
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit kobis
sedikit daun bawang & daun kucai
2 sudu makan cili boh
1/2 cawan kicap manis
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit ikan bilis (ditumbuk halus)
sedikit minyak untuk menumis
1 keping kek ikan - dipotong kecil
1 keping tauhu - dipotong kecil
1 gelas air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan tauhu dan kek ikan.

2. Masukkan bahan tumbuk, cili boh dan isi ayam, masak hingga naik bau. Masukkan air, kicap, tauhu, kek ikan, sawi, karot, kobis. Biar mendidih seketika baru masukkan mee..kacau sebati. kalau kurang air tambah sedikit lagi.

3. Masukkan kesemua bahan lebihan dan kacau seketika dan siap dihidangkan. Jangan terlalu lama masaknya kerana mee sudah dicelur.

4. Tidak perlu garam atau perasa.

Khamis, 15 Disember 2011

BROWNIES TANPA TELUR

Assalam. Lama sudah tak bersiaran....busy yang dibuat2....banyak juga gambar2 tertangguh...buku salinan resepi pun makin bertambah...gambar dah edit tapi nak cari buku resepi lak entah ke mana...ini la akibatnya....tp takpa la kannnnn, seronok2 jer...

Brownies tanpa telur ni saya buat lama dah....Terima kasih Kak Fida @ myresepi...sedap dan mudah jer nak buat...mari cuba...ni saya anggap sebagai asas brownies la bagi yang baru nak cuba-cuba belajar macam saya ni....





Bahan-bahan:


A:
1 cawan tepung gandum
1 sk tepung jagung
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam
3/4 cawan gula aising
1/2 cawan serbuk koko


B:
1 cawan susu cair
2 sb susu manis
1/4 cawan minyak/marjerin cair
1 sk esen vanila


Cara membuatnya:


1. Ayak semua bahan A.
2. Satukan bahan B dalam mangkuk dan kacau perlahan2 hingga sebati. Masukkan sedikit2 bahan A hingga habis .
3. Acuan dilengserkan dengan marjerin dan kertas.
4. Bakar 160 oC selama 25=30 minit.


Hiasan atas:


250 gm coklat masakan
1 sudu marjerin


Disatukan dan dicairkan guna kaedah double boiling.


Kacang badam disangan dan ditaburkan diatasnya.




Jumaat, 10 Jun 2011

CUPCAKES COKLAT

Kek cawan coklat...asalnya kek coklat mudah dari Fendi75. Buat 2 versi la, 1 acuan besar selebihnya untuk anak-anak buat cupcakes saja. Senang dia orang nak makan. Resepi boleh tengok dekat Kek Coklat Mudah ye. Tak yah nak entry 2 kali. Terima kasih kerana melawat blog saya yang belum pun setahun usianya ni. Sudi-sudikan lah menjadi follower saya. Cuba2 lah resepi yang ada, kongsi-kongsikan dan sebarang pertanyaan dan komen, boleh nyatakan di ruang komen....okey..tq.

Sedap.

Baru keluar dari oven.

KEK KAROT KEABADIAN CINTA

Teringat pada karot 2 biji dalam peti ais ni...rasanya dah hampir 2 minggu tersimpan, tapi masih segar. Cari la buku2 masakan yang berkaitan...dapatlah resepi mudah kat Majalah Rasa Jun 2006 ni. Nama kek pun cantik.. Kek Keabadian Cinta. Apa lagi...try la. Senang lak tu nak buat, tak payah on mesin pemutar. Namanya saya adjust sikit la tambah 'Karot' sebab selain bahan asas, ia banyak guna karot. 


Ni bila dah dipotong...gambar pudar sikit..tak cukup flash la tu...

Siap untuk dimakan.


BAHAN-BAHAN:
  • 250 gm tepung kek (tepung gandum)
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (abaikan kalau tak suka)
  • 250 gm gula kastor (aising)
  • 4 biji telur (Grade b)
  • 4 cawan karot (dari 2 biji ) disagat
  • 1 1/2 cawan minyak jagung (kelapa)
  • sedikit esen vanila (sy tambah)
  • sedikit buah ceri potong kecil2 dan kismis (sy tambah)

  • CARA MEMBUATNYA:


  • 1. Panaskan oven 180 oC. Lapik dan gliskan acuan dengan 
  • minyak.

  • 2. Pukul telur dan gula dengan whisk, jangan sampai 
  • kembang, masukkan minyak. Kacau lagi. Masukkan bahan 
  • tepung dan kacau sebati. Masukkan karot dan bahan lain.
  • Kaup balikkan. Masukkan dalam acuan dan bakar.

  • 3. Bakar selama 40 - 45 minit hingga masak. Sejukkan dan 
  • hias dengan krim kesukaan.

  • Bahan Krim:

  • 100 gm mentega krim well
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 100 gm gula aising(diayak)
  • Pewarna

  • Cara:
  • 1. Putar kesemua bahan selama 10 - 15 minit. Bahagikan 
  • kepada beberapa bekas untuk diwarnakan.

DONUT SIMPLE

Assalam. Ada masa lapang sikit ni masukkan lah beberapa menu yang tak sempat nak dimasukkan lagi..donut ni dibuat minggu lepas untuk sarapan anak-anak.  Kadang-kadang binggung gak yer waktu cuti sekolah ni...nak buat sarapan apa...asyik2 mee hoon goreng, nasi lemak, kuew teow goreng, mee goreng...huhuuuuu pusing2 itu saja...kali ni buat kuih jer la...kalau dia orang rasa lapar, masak nasi awal sikit, jadi lunch awal..


BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung gandum
1/2 bungkus yis mauripan
1/2 biji telur (pecahkan 1 biji, guna 1/2 jer..)
1 sudu makan gula
1 sudu makan marjerin
air secukupnya
1 sudu shortening(lemak sayur)

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan kesemua bahan kecuali shortening dan air, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh lembut.

3. Kemudian letakkan shortening, sambil uli letakkan sedikit pada doh...uli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.

4. Perapkan doh agar doh naik sekali ganda.  Kemudian ketuk2kan untuk membuang angin pada doh. Bulatkan ikut saiz kesukaan dan di susun di atas dulang yang ditaburkan tepung. Biarkan naik lagi.

5. Panaskan minyak guna api sederhana. Buatkan lubang pada donut tadi dan goreng hingga masak.

6. Bila dah masak, golekkan di atas gula halus.

KEK COKLAT MUDAH

Kek coklat ni resepi dari Fendi75. Terima kasih Fendi. Kek tanpa butter tapi menggunakan minyak sahaja. Banyak dah trend sekarang kek guna minyak yer...bagus juga..minyak ada subsidi...butter atau marjerin tak ada subsidi. Harga semakin hari semakin naik..tak turun-turun pun. Jadi gunakan lah sebaik mungkin faedah yang diberikan.


BAHAN-BAHAN:

Bahan A:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang (sy guna hanya 1 1/2 cawan gula pasir sahaja)

Bahan B:
1/2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat(sy guna susu cair)
1/2 cawan air + 2 sudu kecil nescafe (sy guna ovaltine)

Bahan C:
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul telur dan gula  hingga kembang.

2. Masukkan minyak dan kacau sebati.

3.  Ayak bahan C, masukkan sedikit-sedikit ke dalam bancuhan telur, kacau lagi. Masukkan bahan B, kacau hingga sebati.

4. Gliskan acuan dan minyak, masukkan adunan. Bakar 180 oC selama 35 - 40 minit hingga masak.



PAU KACANG GEBU

Assalamualaikum. Pau kegemaran anak-anakku..kalau boleh tiap-tiap hari suruh mama dia buat..gebu la badan asyik makan pau jer. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu. Tu yang nama pun ada 'gebu'..sedap dan lembut jer. CMG punya pau inti kentang tapi saya buat inti kacang. Tak berapa rajin nak buat inti...tu yang beli instant. Mari tengok resepi....


BAHAN-BAHAN:

240 gm tepung pau
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 gm shortening
100 ml air suam
30 gm gula halus
1/2 camca teh cuka

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan gula, air suam dan cuka. Kacau hingga larut.

2. Dalam bekas besar, satukan tepung, baking powder, garam dan lemak sayuran, sebatikan dan jadikan seperti serbuk roti.

3. Masukkan air tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Uli 10 minit hingga menjadi doh yang kenyal. Perapkan hingga doh naik sekali ganda.

4. Bila doh telah mengembang, ketuk2kan doh dan ambil sedikit dibulatkan dan isi inti dan terus klim. Lapikkan dengan daun pisang atau kertas atau plastik yang telah dipotong kecil. Buat hingga habis. Biarkan kembang semula dan barulah dikukus selama 2 @ 3 minit. Pastikan pengukus dipanaskan dahulu.

Nota: 

Inti kacang merah ada dijual di kedai menjual barangan kek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI