Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Jumaat, 10 Jun 2011

PAU KACANG GEBU

Assalamualaikum. Pau kegemaran anak-anakku..kalau boleh tiap-tiap hari suruh mama dia buat..gebu la badan asyik makan pau jer. Resepi ni saya ambil dari Mat Gebu. Tu yang nama pun ada 'gebu'..sedap dan lembut jer. CMG punya pau inti kentang tapi saya buat inti kacang. Tak berapa rajin nak buat inti...tu yang beli instant. Mari tengok resepi....


BAHAN-BAHAN:

240 gm tepung pau
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 gm shortening
100 ml air suam
30 gm gula halus
1/2 camca teh cuka

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan gula, air suam dan cuka. Kacau hingga larut.

2. Dalam bekas besar, satukan tepung, baking powder, garam dan lemak sayuran, sebatikan dan jadikan seperti serbuk roti.

3. Masukkan air tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Uli 10 minit hingga menjadi doh yang kenyal. Perapkan hingga doh naik sekali ganda.

4. Bila doh telah mengembang, ketuk2kan doh dan ambil sedikit dibulatkan dan isi inti dan terus klim. Lapikkan dengan daun pisang atau kertas atau plastik yang telah dipotong kecil. Buat hingga habis. Biarkan kembang semula dan barulah dikukus selama 2 @ 3 minit. Pastikan pengukus dipanaskan dahulu.

Nota: 

Inti kacang merah ada dijual di kedai menjual barangan kek.

Rabu, 8 Jun 2011

PAU KENTANG

Pau kentang pilihan....kebetulan ada inti karipap lebih..bubuh jer la dalam pau ni. Jadi la 2 jenis pau dalam satu masa..kacang merah dan kentang. Tetapi yang menjadi kesukaan anak-anak adalah yang berinti kacang merah. Saya pilih yang pedas....boleh tahan gak. Meh la cuba...


Bahan untuk inti:

4 biji kentang (saiz besar)
3 biji bawang merah
2 sudu makan rempah kari daging Baba's
2 ulas bawang putih
sedikit daun sup
1 sudu makan gula
garam secukupnya
minyak untuk menumis
1 pelepah daun kari
1/4 cawan ikan bilis
air secukupnya

Cara membuatnya:

1. Kentang dikopek dan dipotong dadu kecil.

2. Tumbukkan bawang dan ikan bilis. Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daun kari dan rempah kari, masak hingga pecah minyak. 

3. Masukkan kentang dan air separas dengan kentang. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kentang empuk dan kering. Bila hampir kering masukkan daun sup. Kemudian angkat dan sejukkan.

Bahan Doh:

500 gm tepung pau - diayak
1 sudu kecil garam halus
1 paket yis kering
50 gm gula kastor
250 ml air (mengikut anggaran)
3 sudu besar minyak jagung

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan, gaul bahan sampai sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Uli hingga kenyal dan tidak melekat. Ambil sedikit minyak jagung, letakkan di tapak tangan dan gaul ratakan pada doh tersebut hingga rata.

2. Simpan dan tutup doh seketika. Biarkan doh naik 2 kali ganda.

3. Ketuk-ketukkan doh dengan jari penumbuk. Ambil doh, bulatkan kecil-kecil(saiz ikut suka) dan leperkan. Masukkan inti (1 sudu kecil) dan klimkan. Lapikkan dengan kertas pengalas.

4. Bila telah siap, biarkan ia naik seketika dan kukus dalam masa 2 @ 3 minit.

PECAL SAYURAN

Ni untuk penggemar sayuran macam saya...tak payah makan nasi pun tak apa. Mudah dan ringkas jer penyediaannya. 

Siap sedia untuk dimakan.


BAHAN-BAHAN SAYURAN:

Taugeh
kacang panjang
 1 ikat kangkung
4 keping tauhu di goreng
1 biji timun
1/2 biji sengkuang

Sukatan bergantung kepada anda...kalau ada tempe goreng pun sedap juga. Malangnya masa saya buat ni tempe tak ada stok kat kedai...


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

1/2 kilo kacang tanah
6 batang cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 cawan air asam
5 biji buah cekur
 sedikit belacan
gula secukupnya
garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang sedikit hingga masak. Blend kering hingga hancur. Jangan terlalu hancur la yer...kasar-kasar sikit pun tak apa.

2. Cili kering, bawang merah, bawang putih, buah cekur dan belacan digoreng juga manggunakan minyak yang sedikit. Kemudian diblend hingga hancur.

3. Kesemua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan tambahkan air mengikut kepekatan yang dimahukan. Tambah garam dan gula serta air asam. Biarkan rasanya agak manis dan cukup rasa garam dan asamnya. Didihkan dan boleh lah dihidangkan.

Sesetengah orang buat tak perlu dididihkan, terus sahaja bancuh dengan air panas. Tapi saya suka dimasak agar lebih tahan lama. Selamat mencuba.




Selasa, 7 Jun 2011

MARUKU

Assalamualaikum. Kudapan pertama dalam blog ni...rasa tak tahan nak makan maruku...beli pun makan tak puas, kekadang rasanya tak menepati selera. Jenguk2 kat My Resepi ni...cari yang mudah jer la...petang beli bahan dan terus buat. Tapi ada tambah2 bahan sikit sebab nak ikut selera sendiri. Anak kecil suka sangat makan ni...buat satu adunan tapi puas lah makan hasil buatan sendiri ni.

Acuan lak guna emak punya acuan tembaga (acuan putu mayam)...mula2 tu susah sikit lah sebab tak biasa...Akhirnya ha...menjadi gak. Raya nanti tak payah tempah kat orang lagi.


BAHAN-BAHAN:

1 bungkus tepung kacang dal (tepung maruku)
santan dari 1 biji kelapa(yang pekat)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar lemuju
3 sudu bessar bijan
1 sudu besar serbuk cili
garam secukupnya
Daun kari
4 sudu besar udang kering(blender kering)
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan santan dan garam (secukupnya...lemak dan masinnya).

2. Satukan kesemua bahan kecuali daun kari dalam bekas. Sebatikan hingga menjadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan lembut.

3. Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan maruku. Kalau nak senang terus tekan dan masukkan dalam minyak panas. Masukkan daun kari. Api sederhana sahaja.

4. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Toskan minyak.




Isnin, 6 Jun 2011

SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal udang kesukaan anak-anak. Kulit udang mesti dikopek 3/4..tinggalkan ekor sikit jer. Baru habis hingga menjilat pinggan. Kalau udang tak dikopek..hmmmmm...tak tercuit pun. Ni la anak2 punya karenah...


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam
minyak untuk menumis
sedikit garam
gula secukupnya
sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang. 

2. Hiriskan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan cili giling, belacan dan bawang putih hingga betul- betul masak.

3. Masukkan air asam, udang, gula dan garam. Kemudian masukkan bawang besar. Bila rasa sudah cukup dan sempurna, angkat dan hidangkan.

KUIH BAKAR

Assalamualaikum, apa khabar yer? Kuih Bakar kegemaran emak dan ayah...saya pun suka ni..rasa sedang2 jer, tak manis sangat dan senang rupanya nak buat. Guna pulak acuan tembaga pecah lapan milik emak yang saya jaga rapi...maklum la..sekarang nak beli acuan tu mahal dah. Yang zaman emak-emak kita punya ni bagus, tebal dan tahan. Tapi, belum sempat la nak buatkan untuk mereka dengan air tangan sendiri ni..InsyaAllah niat di hati kalau balik kampung nanti memang nak bekalkan kuih bakar dari koleksi resepi Kak Besah. Tq kak.



BAHAN-BAHAN:

1 1/2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk telur(5 biji)
1 mangkuk santan dan 5 helai daun pandan (diblend dan tapis)
2 mangkuk santan
sedikit garam
Pewarna hijau
2 sudu minyak kelapa
sedikit esen vanila
bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Lenserkan acuar dengan minyak, panaskan dahulu dalam oven dalam 5 minit.

2. Dalam mangkuk, gaul rata tepung gandum, jus pandan, santan, garam, gula, esen vanila, kacau perlahan-lahan guna whisk. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. akhir sekali tapiskan. Masukkan minyak kelapa dan kacau sebati.

3. Bila acuan sudah panas, masukkan adunan 3/4 penuh dan taburkan bijan. 

4. Bakar pada suhu 180 oC selama 35 - 40 minit hingga masak.

5. I adunan boleh jadi  4 biji kuih bakar. Selamat mencubaaaa...


Sabtu, 4 Jun 2011

LEMAK PUCUK PAKU BERTEMPE

Assalamualaikum. Yang ni sedap makan dengan ikan masin, telur masin dan sambal belacan. Lengkap....begitu menyelerakan. Emak mertua lalu pun tak perasan.


BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk paku
2 keping tempe
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis 
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 mangkuk santan
1 cawan santan cair
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan sayur. Potong tempe memanjang dan nipis sedikit.

2. Tumbukkan bawang putih, merah dan ikan bilis. Hiris cili merah.

3. Masukkan bahan tumbuk dan tempe berserta santan cair ke dalam kuali, masak sekejap biar tempe mesra. Masukkan kesemua bahan lain beserta santan pekat. Sentiasa di kacau agar tidak pecah santan hingga mendidih. 

Senang je kannnnn.....cuba lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI