Click here to get more Welcome Greetings from MasterGreetings.com

Banner Maker

Isnin, 6 Jun 2011

SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal udang kesukaan anak-anak. Kulit udang mesti dikopek 3/4..tinggalkan ekor sikit jer. Baru habis hingga menjilat pinggan. Kalau udang tak dikopek..hmmmmm...tak tercuit pun. Ni la anak2 punya karenah...


BAHAN-BAHAN:

1/2 kilo udang besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar cili giling
1/2 cawan air asam
minyak untuk menumis
sedikit garam
gula secukupnya
sedikit belacan

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan udang. 

2. Hiriskan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan cili giling, belacan dan bawang putih hingga betul- betul masak.

3. Masukkan air asam, udang, gula dan garam. Kemudian masukkan bawang besar. Bila rasa sudah cukup dan sempurna, angkat dan hidangkan.

KUIH BAKAR

Assalamualaikum, apa khabar yer? Kuih Bakar kegemaran emak dan ayah...saya pun suka ni..rasa sedang2 jer, tak manis sangat dan senang rupanya nak buat. Guna pulak acuan tembaga pecah lapan milik emak yang saya jaga rapi...maklum la..sekarang nak beli acuan tu mahal dah. Yang zaman emak-emak kita punya ni bagus, tebal dan tahan. Tapi, belum sempat la nak buatkan untuk mereka dengan air tangan sendiri ni..InsyaAllah niat di hati kalau balik kampung nanti memang nak bekalkan kuih bakar dari koleksi resepi Kak Besah. Tq kak.



BAHAN-BAHAN:

1 1/2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk telur(5 biji)
1 mangkuk santan dan 5 helai daun pandan (diblend dan tapis)
2 mangkuk santan
sedikit garam
Pewarna hijau
2 sudu minyak kelapa
sedikit esen vanila
bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA:

1. Lenserkan acuar dengan minyak, panaskan dahulu dalam oven dalam 5 minit.

2. Dalam mangkuk, gaul rata tepung gandum, jus pandan, santan, garam, gula, esen vanila, kacau perlahan-lahan guna whisk. Masukkan telur dan kacau hingga sebati. akhir sekali tapiskan. Masukkan minyak kelapa dan kacau sebati.

3. Bila acuan sudah panas, masukkan adunan 3/4 penuh dan taburkan bijan. 

4. Bakar pada suhu 180 oC selama 35 - 40 minit hingga masak.

5. I adunan boleh jadi  4 biji kuih bakar. Selamat mencubaaaa...


Sabtu, 4 Jun 2011

LEMAK PUCUK PAKU BERTEMPE

Assalamualaikum. Yang ni sedap makan dengan ikan masin, telur masin dan sambal belacan. Lengkap....begitu menyelerakan. Emak mertua lalu pun tak perasan.


BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk paku
2 keping tempe
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis 
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 mangkuk santan
1 cawan santan cair
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan sayur. Potong tempe memanjang dan nipis sedikit.

2. Tumbukkan bawang putih, merah dan ikan bilis. Hiris cili merah.

3. Masukkan bahan tumbuk dan tempe berserta santan cair ke dalam kuali, masak sekejap biar tempe mesra. Masukkan kesemua bahan lain beserta santan pekat. Sentiasa di kacau agar tidak pecah santan hingga mendidih. 

Senang je kannnnn.....cuba lah!

Jumaat, 3 Jun 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum...lama tak bersiaran..wah.macam kat radio lak yer...kali ni nak masukkan resepi kek ni...resepi asal Dayang Jack..tq sis 4 d rspi. Mudah juga tapi rasa seakan-akan kek kukus sikit. Ada sedikit la yang saya adjust sebab ikut kesesuaian sendiri...

Moist lagiiii.....topping pun mengancam.

Yang ni baru keluar dari oven..ini lah rupanya..

Limpahan coklat ganache....begitu menyelerakan...

BAHAN-BAHAN:

(gandakan bahan untuk membuat seperti di gambar)

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung (sy guna 2 sudu makan susu pekat)
1 1/4 cawan air sejuk
1 cawan gula perang ( sy guna gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil cofee emulco @ choc (sy guna 1/2 cawan serbuk koko)
secubit garam
1 sudu kecil cuka @ lemon (sy guna lemon)
1/2 cawan minyak kelapa

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan oven 180 o C.

2. Ayak bahan powder dan masukkan dalam bekas besar.

3. Masukkan susu, garam & gula, kacau hingga hancur dan rata.

4. Masukkan air sejuk, minyak dan kacau perlahan menggunakan whisk.

5. Masukkan jus lemon, kacau serta merta hingga rata.

6. Sediakan loyang sesuai (8" x 8"), lenserkan dengan minyak dan masukkan adunan. Bakar  30 - 40 minit hingga masak.

Selamat mencuba.

Selasa, 24 Mei 2011

KEK MARIE KOKO

Assalamualaikum. Resepi ni dari Azita Kitchen. Terima kasih kepada tuan punya resepi yer. Teringat masa kecil-kecil dulu emak ada buat kek ni...tapi tak hirau pun nak ambil resepi dan simpan...mudah dan senang jer rupanya. Makan pun bila-bila boleh, simpan dalam peti ais....tahan.

Bila dah dipotong nampak cantik.


BAHAN-BAHAN:

500 gm biskut marie
1 buku buttercup
4 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan air
3/4 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

CARA  MEMBUATNYA:

1. Pecahkan biskut dan ketepikan.

2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.

3. Masukkan gula, air, milo, serbuk koko dan susu pekat. Kacau sebati.

4. Masukkan buttercup dan kacau sehingga adunan menjadi macam pecah minyak. Api sederhana. Kacau sehingga pekat sedikit dan masukkan biskut.

5. Kaup balikkan sehingga benar-benar sebati. 

6. Kautkan dan masukkan ke dalam loyang yang disediakan. (Loyang dilapik plastik). Padatkan dan sejukkan.






Isnin, 23 Mei 2011

AYAM GORENG

Di sebabkan anak gemar makan ayam goreng, berbagai cara saya cipta untuk mereka tidak merasa jemu untuk makan...kali ini saya buat cara berbeza sikit.



BAHAN-BAHAN:

Beberapa ketul ayam yang banyak isi.
1 sudu kecil rempah kari daging Baba's
sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUATNYA:

1. Bersihkan ayam. Satukan bahan-bahan tersebut pada ayam dan perapkan seketika agar mesra bahannya. Panaskan minyak dan gorengkan hingga garing.

2. Semasa menggoreng gunakan api sederhana, dan tutupkan ayam tersebut agar masak sempurna. 

PUDING ROTI

Assalamualaikum....Puding roti...cara mudah..lupa la nak catit siapa punya resepi, tapi yang pasti  saya  ambil dari My Resepi. Maaf la tuan punya yer (kalau tuan punya tengok blog saya ni)...

Ini guna loyang kecil jer..




BAHAN-BAHAN:

6 keping roti putih
2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
3 biji telur
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit kismis hitam

CARA MEMBUATNYA:

1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang.

2. Cairkan mentega dan letak atas roti.

3. Pukul susu, telur dan gula hingga gula hancur dan kembang. Masukkan esen vanila.

4. Letakkan pada roti tadi dan taburkan kismis. Kismis boleh diletak antara lapisan roti dan bahagian atas juga.

5. Bakar pada suhu 180 o C hingga masak dan kekuningan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI RESEPI